About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)
Showing posts with label sapamakcik. Show all posts
Showing posts with label sapamakcik. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

Iftar Bersama Shaheizy Sam dan Along Rajalawak

Assalamualaikum wbt,

Malam nie acik dah free untuk story-mory al-kisah sepanjang my journey a week before raya. Hehe, orang bandar dah busybusy nak pulang ke kampung tapi yang acik dan member (hanani namanya a.k.a nanie) terbalik plak turun kL time tuh.

Jadi, make it simple. Acik nak kongsi cerita tentang aktiviti kat kL sana.

Tujuan kami turun kL sebab ada event. Believe it or not, " i bukak posa dengan Shahiezy Sam uolls!!" Jakun seketika sebab in whole my life tak terpikir pun nak berbuka puasa, chitchat, gelaktawa dengan artis. Retis lagi ada lah.. #angkat tangan ke bahu! ayat nak mintak lempang# ^_^

Meh cuci mata dengan a few photo yang sempat kami terjah. Layaan yuk !! >>> SEE MORE <<<





Nak tahu kisah details lagi??

Kliks di sini   >>>SEE MORE<<<

Wassalam, 

^__^

Friday, 17 August 2012

Jom Singgah ke YanaSuperCookish

Assalamualaikum wbt,

Hye peeps dah tidur ke? Ntah-ntah tengah main tepung kat dapur tuh?! Teee___eeeT

Okeyh, bagi sesiapa yang tengah pikir-pikir kat mana nak beli kuih raya boleh laa singgah kat kedai yana samsudin punya booth.

Seriously, cookies dia sangat gempak dan sedaaapss ! Plus sesiapa yang kunjung ke booth beliau bole makan free lagi okeyh ! : )

Jom layan suasana booth yana.


area Gombak yee anak2, tempat lain takde maaf :)


this map for makes u easier :)

Nak tahu koleksi cookish yang ada kat sini??!

SuperStarberry

SnowParadise


HazelBall


SakuraForest


StyloChip


StrawberryLolita


ChocoKakYong


StrawberryLolita


Jadi, nie ada pesanan dari Yana samsudin untuk korang ! !



Jangan Lupa Singgah yee kat kedai yana. Sementara stok cookish masih ada dan jualan diskaun kaw kaw. Rugi kalau korang tak datang singgah. O___o


Makcik sendiri dah berjaya tinggalkan jejakkaki di sini ! ! ohsem~ ^__^



Tuesday, 24 July 2012

Aktiviti Hari Pertama Berpuasa

Assalamualaikum wbt,

Acik nak share apa yang acik buat minggu nie. Yeah walaupun first day kita berpuasa tapi aktiviti harian mesti berjalan punya. Jadi, my business group ada buat meeting hari tuh. Memang best sebab dapat sedut macam-macam ilmu bila dah involved dalam business nie. Bekerja dalam PASUKAN adalah lebih baik daripada SENDIRIAN. Alhamdulilah acik rasa bila dapat dipertemukan dengan business nie dari awal. -syukur- ^_^

Jom layan pictures lepas meeting session, WAJIB bergambo punya.

 TEAMWORK is our aims.

Strategi "Riang Ria DUIT RAYA"


Duit Raya CONFIRM boleh kumpul!!

Kemudian, tak sangka rezeki kami sebab dapat berjumpa dengan "sweetish" kak ieja yang baru keluar panas-panas lagi!! Acik tengok naik geram tau. Kak Ieja tak sampai 2tahun buat bisnes nie terus dapat keluarkan "sweetish" beliau.

Nie laa "sweetish" beliau dalam masa 2 tahun saja tau. Dulu sebagai akauntan terkemuka d'Kuala Lumpur. Tapi sekarang FULL TIME buat bisnes. Puas hati BMW sebijik bila penat-penat kerja !! Kalau nak tunggu kerja lama dulu, belum tentu dapat merasa lagi, katanya. 

Akhirnya kami pun tumpang "ambik berkat" dengan sweetish kak ieja. Insyallah satu hari nanti, acik plak dapat jugak sebijik. Amin. 

Dapat ILMU kemudian PASTI BERTINDAK !! 


USAHA TANGGA KEJAYAAN. KITA PERLU BIJAK AMBIL PELUANG. PELUANG HANYA DATANG SEKALI SAJA DALAM HIDUP. renung-renungkan ^__^


Bagi sesiapa yang nak tahu tentang bisnes acik buat nie, jangan malu-malu untuk contact acik d'sini ::


Facebook : Fatin Zaini
E-mail : fatinzaifa@yahoo.com
Mobile : 019-448 1391

Friday, 25 May 2012

Semua Itu Adalah Semangat

Assalamualaikum wbt,


Minggu nie blog makcik memang nampak story-mory pasal bisnes yang dia buat jer kan?! Mesti ada yang tertanya alahai macam takde bisnes lain ke nak dibuat? Bagus sangat ke bisnes nie? Boleh percaya ke? Boleh ke nak buat? Balik modal tak nie? Pandai ke nak jual kat orang? Nak ke orang beli? Dan plus plus plus pertanyaan orang.

Okey memandangkan hari nie adalah hari jumaat penghujung segala hari, makcik akan kongsi pengalaman makcik tentang persoalan di atas. Insyallah. *kalau lepas nie korang baca ada ayat yang salah silap, harap dimaafkan dan silalah tegur acik yee*

Yes, first of all. Semua persoalan yang kat atas memang menyala atas kepala acik sebelum join bisnes nie. Sebenarnya, acik sendiri dah tahu kewujudan bisnes nie lama pun. Tapi dulu sebelah mata tak pandang ! Sebabnya. . .  Yup, betul ! Dengan pertanyaan yang di atas.



Tapi walaupun ia adalah sejenis bisnes yang berbunyi "MaLaM", but the procedures and business strategies yang dijalankan oleh Hai-O Marketing nie memang betul-betul menarik minat acik. Acik sendiri belajar kos bisnes dan acik sendiri dah study and research each of part tentang oraganisasi nie, acik tahu serba sikit kehebatan dorang macam mana. Kalau nak pertikaikan dengan company "MaLaM" lain pun takdak masalah untuk kita, sebab benda yang sama jugak tapi lain produk lain strateginya. Study and research dulu kehebatan company tuh dan nilai sendiri laa. *Tak salah di sisi undang-undang pun kalau kita nak stalker benda yang kita patut nak tahu.*

Jadi, bila acik sendiri dah ikuti perkembangan bisnes nie. Business strategies dia memang sangat power and mantap ! Sama juga dengan company lain takde beza jauh pun. Betul orang cakap, kalau nak berjaya u kena betul-betul nilai kemampuan company tuh dan tahu selok-belok kemampuan dia. Jangan main terjah dan melatah jer tahu.

Bila fikir masak-masak, tak salahkan kalau acik yang baru nie nak belajar erti sebenar dunia perniagaan. Untung rugi dah memang adat laa dalam dunia nie. Kalau kita nak BERJAYA, kita mesti telan dulu setiap pahit RISIKO yang ada.

Apa-apa pun, setiap yang kita nak buat mesti kita minta petunjuk dulu dari ALLAH wbt. Sebab Dia lah tempat rujukan kita yang paling afdal. Jadi acik perlukan sokongan dan dorongan untuk berjuang dalam dunia nie. Insyallah.

 

p/s: entry nie hanya pandangan dan luahan acik sendiri. bukan tujuan untuk menyindir mana-mana pihak. setiap sesuatu ada kelemahan dan kekuatannya. terpulang pada kita untuk menilai baik buruknya. 


Wassalam,

Wednesday, 23 May 2012

Alhamdulilah Selamat Daftar Akhirnya

Assalamualaikum wbt,

Dengan rasa bersemangat atas sokongan dan dorongan orang sekeliling secara bertubi-tubi, akhirnya acik dah selamat daftarkan nama "anak" acik nie. Syukur Alhamdulilah, hari nie 23.05.2012 Rabu rasmi laa namanya pada umum. :)

Lepas nie, akan bermula laa perjalanan acik nak bawa diri merata tempat untuk teruskan nawaitu yang dah lama hajatkan nie. *Semoga acik tabah hadapi hari-hari datang lepas nie. Amin.*

Jadi, nantikan satu per satu announcement yang akan tercetus dari blog acik nie lepas nie. Harap semua jugak dapat terima secara positif. -Biasa bagi korang tapi luar biasa bagi acik nie haa.- Gelabah dia ya rabbi,  Allah saja yang tau macam mana tempuh. Hehe *kesian teman, sadis bebenor bunyi nyer tu *

Jom tengok bawah nie !



Perasan tak nama kat atas tuh? -nama nie tercetus header blog dulu-  Ada masa nanti makcik story al-kisah nama nie tercetus pulak yee :)


Wasslamu,


Tuesday, 22 May 2012

Doakan Kejayaan Makcik !

Assalamualaikum wbt,

Malam nie terasa nak celoteh sikit tentang hidup makcik ! Nak kenal sapa makcik ??!

Sebenarnya makcik adalah seorang student yang baru tamat pengajian tak sampai sebulan. Alhamdulilah selamat sudah perjuangan kat medan belajar tuh. Kos yang tiga tahun dijuangkan adalah diploma pengurusan perniagaan (diploma business management). Acik sangat laa minat untuk berbisnes kerana darah daging plus jiwa nie memang suka berniaga. Lagipun, dalam Islam pun galakkan kita untuk cebur diri dalam bidang jual beli. Rasulullah SAW sendiri sara hidup dengan berniaga.

Mungkin, dah tertulis dalam lauf mahfuz yang acik nie akan jadi seorang usahawan kot. -Insyallah doakan-


Nak terjun dalam bidang bisnes nie bukan semudah ABC atau 123. Kalau kita takdak ilmu, sah-sah kita boleh lemas dalam lautan bidang yang kita terjun tuh. sama jugak dengan bidang-bidang lain. Takdak ilmu pengetahuan, memang susah la diri kita.

Acik memang fanatik berangan bila free. Haha *memang dah sebati dengan nyawa yang dikandung*

Jadi bila dah habis study nie, acik dah mula berangan nak berniaga. Walaupun sekecil-kecil zarah yang penting nawaitu memang nak cari rezeki halal dan cuba ubah hidup sedia ada. Bukan acik seorang yang tak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi, banyak tanggungan yang nak ditanggung sebenarnya. Jadi kena laa cuba untuk fikirkan macam mana nak tolong keluarga plus diri sendiri sama.




Mohon korang doakan kejayaan acik yee. Sebab doa dan semangat laa yang dapat jadi kekuatan seseorang sebenarnya.


Wassalam,


Monday, 21 May 2012

Nantikan Kemunculannya !



Assalamualaikum wbt,

Salam untuk semua ! Harap semua sihat hendakNya yee..

Tanpa membuang masa, nantikan beberapa hari lagi AMBANG TRANSFORMASI yang akan mengubah serba sedikit kehidupan, gaya hidup dan kemampuan diri acik lepas nie. Mohon anda semua MENDOAKAN yang terbaik untuk diri acik supaya tabah, kuat dan berani menghadapi cabaran hidup lepas nie. Amin ~  Insyallah kita manusia hanya boleh merancang, tapi Allah saja yang akan tentukan. Jadi, tawakal dan ikhtiar sebaik mungkin yee :)




ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADANYA ????!

> punyai masalah kesihatan


> impikan kecantikan secara semulajadi


> ingin mengubah kehidupan menjadi lebih stabil


> ingin bebas daripada jajahan hutang


> seorang yang mempunyai banyak tanggungan


> suka melancong


> suka bekerja sambil santai




Insyallah, semua boleh dicapai jika ANDA ADA KEMAHUAN ! Mungkin sini adalah medium yang sesuai dan tepat untuk korang semua. Jadi nantikan yee ! :)



Wassalam,


Wednesday, 16 May 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

Assalamualaikum wbt,

Sedia maklum hari nie adalah hari rasmi seluruh Malaysia meraikan sambutan HARI GURU MALAYSIA 2012. Semua orang mesti ada pengalaman pahit manis kan time sekolah. Wah acik sendiri pun rindu masa gemilang nie kot !



Ingat lagi dulu-dulu kat sekolah bab nak siapkan homework ka ulangkaji ka, ya rabbi tahap malas tuh jangan cakap syaitan nir'rajim memang sangat main peranan time tuh. Bila tak buat kerja sekolah, sah-sah laa kena marah kena complaint. Fuh panas telinga seyh. -nampak watak darah muda untuk protes terserlah-

Yang paling best, time sekolah menengah laa acik sangat aktif dengan kokurikulum kat sekolah. Dulu join Kadet Remaja Sekolah (KRS) dari Form 1 sampai laa Form 5. Nak rasa bahang kena buli atau tekong buli ka boleh kat sini, haha. Dalam masa yang sama, masuk kadet nie jugak boleh buat kita kurus. Haa tak caya ?? Meh nak cerita ! Sebab masuk kadet kena "latu" atau trained serupa tentera. Jadi bila banyak pergerakkan yang kena buat, automatik laa kami boleh kurus dan sihat sedia. Haha ! Mak aih azab jugak laa nak tanggung dera yang leader bagi. Plus lagi, kena kawad plak tak kira masa dan ketika. Paling busy time nak masuk pertandingan segala bagai. For sure, muka tuh boleh burned gelap gulita dari yang cerah flawless tuh.

Apa pun semua kenangan pahit manis nie kat sekolah sangat laa BOMBASTIK + AMAZING ! Seriously, best kot. Kalau boleh nak ulang balik masa tuh dan enjoy sepuas-puasnya. Hurm,, tapi umur dah nak jangkau dewasa nie tak berkesempatan lagi laa kan. -sedih-

Jadi bagi mereka yang masih bersekolah, hargailah masa yang ada tuh untuk digunakan sebaik mungkin. Enjoy laa anda sebelum habis timeline nie. ^_^


Wassalam,


Wednesday, 9 May 2012

Kembali Lagi

Assalamualaikum wbt,

Hye peeps ! Wah lama gila acik tak online dan updated blog nie. Nie bukan unsur malas untuk updated tetapi acik ada banyak benda nak kena settle kan selepas pulang dari medan belajor. BaHaHa. Alhamdulilah semuanya dapat ditamatkan dengan baik hendakNya. -syukur sangat- :)


Jadi, apalagi lepas nie insyallah akan ada saja conteng plus bebelan acik kat blog nie.


Tapi nak tanya anda perasan tak dengan dinding umah blog acik dah lawo sikit dari dulu. Alhamdulilah ada laa perasaan nak melawakan sikit umah sendiri nie. Mudah-mudahan anda dapat share info-info baru yang kita boleh kongsi sama untuk bagi acik maju dalam kancah iT nie haa. -sigh agak ketinggalan jugak laa- :(


Lepas nie, jom layan bebel acik nah ! Enjoy it !




Wassalam,


Wednesday, 18 April 2012

Sapa Acik? - Part 1

Assalamualaikum wbt,




Wah tetiba bajet hotsentap pulak kat blogger malam nie. Ba Ha Ha.. -takpa try layan-

Okeyh, nak lajulaju kan cerita, acik adalah kalangan manusia yang terbantut ilmu iT sikit pada zaman sekarang. Boleh dikatakan acik nie a little bit "kolot" laa dengan ilmu dunia iT nie tau.. -Hadoy kesian-

Around two years ago, acik pernah daftar surat beranak untuk jadi member blogger. Tapi sayangnya, umur jangka hayat blog tuh tahan lama atas sebab acik give up dan juga malas nak manjakan blog tuh. Terus spontan jari-jemari nie tekan DELETE ACCOUNT. Ba Ha Ha. Terasa yang time tuh acik nie hanya hangat-hangat taik ayam saja. Ya time acik buat blog lama tuh baru jer sambung study. Faktor delete account nie jugak adalah kerana acik seorang pembawa wabak PEMALAS nak meng'updates'. Yelaa, takdak idea laa nak bagi macam yang blogger-blogger lain. -acik tabik pada anda yang boleh bertapak sehingga sekarang- Mungkin masa tuh ilmu belum penuh di dada dan jari nie tak pandai nak menconteng kat blog nie haa.  ; )


Tapi tetiba saja lepas dekat nak habis study nie hati hardcore nie terasa nak buat balik blog nie haa. -doakan laa kali nie boleh bertapak lama dan selamanya, terngiang-ngiang nak nyanyi lagu harimau malaya pulak-

Jadi http://bebelmakcik.blogspot.com telah berjaya didaftarkan buat kali ketiga. Haaaaish sadis betul laa kan dengar.

Acik harap kali nie acik boleh teruskan niat untuk bertapak lebih lama dalam blogger nie. Mungkin blog nie akan acik jadikan medium untuk karang ayat daripada awan-awan yang selalu bermain dalam kepala nie. Banyak betul kalau awan nie datang. *sesak laa jugak supa traffic jam kat kL tuh* Dan tak jugak blog nie akan jadi medan untuk kita semua sama-sama kongsi ilmu tak kira apapun asalkan kita boleh manfaatkan bersama dunia akhirat. -ameen-


Wassalam,