About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)
Showing posts with label contengmakcik. Show all posts
Showing posts with label contengmakcik. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

Iftar Bersama Shaheizy Sam dan Along Rajalawak

Assalamualaikum wbt,

Malam nie acik dah free untuk story-mory al-kisah sepanjang my journey a week before raya. Hehe, orang bandar dah busybusy nak pulang ke kampung tapi yang acik dan member (hanani namanya a.k.a nanie) terbalik plak turun kL time tuh.

Jadi, make it simple. Acik nak kongsi cerita tentang aktiviti kat kL sana.

Tujuan kami turun kL sebab ada event. Believe it or not, " i bukak posa dengan Shahiezy Sam uolls!!" Jakun seketika sebab in whole my life tak terpikir pun nak berbuka puasa, chitchat, gelaktawa dengan artis. Retis lagi ada lah.. #angkat tangan ke bahu! ayat nak mintak lempang# ^_^

Meh cuci mata dengan a few photo yang sempat kami terjah. Layaan yuk !! >>> SEE MORE <<<





Nak tahu kisah details lagi??

Kliks di sini   >>>SEE MORE<<<

Wassalam, 

^__^

Tuesday, 28 August 2012

Siapa Mahukan RM4500 Dalam Akaun?!

 Salam semua.

Sedar tak sedar, Ramadhan dah meninggalkan kita kan. Sekarang syawal dah datang.

Macam mana dengan kemeriahan menyambut hari raya yang pertama?? Persiapan raya banyak tak? Banyak tak pergi rumah terbuka? Mesti banyak makan kan kan kan..hihi Baju raya dah berapa helai tahun nie????

Untuk suami? anak-anak? ibu ayah? adik? kakak? diri sendiri?
Hope semuanya dah puas hati dengan persiapan tersebut. :)

Kalau begitu, jom kita cuba jelingjeling kejap bajet yang kita kena tanggung compare dengan pendapatan kita? Berbaloi ke tak yee?

Bagi yang pendapatan gemoksss boleh laa menyambut Ramadhan dan Syawal dengan hati yang tenang tanpa pikirkan hal ehwal kewangan. Tapi, macam mana plak dengan individu yang mempunyai pendapatan atas pagar jer.

Mungkin kita pernah terdengar al-kisah ada orang sanggup buat personal loan bagi menampung perbelanjaan time puasa dan raya nie. Rasa-rasa kaedah nie boleh menyenangkan kita lagi atau membebankan kita lagi? #tepuk dada tanya lah kata hati anda#

Mari layan selingan keratan akhbar yang selalu terbit bila musim perayaan.




Kebanyakkan ramai yang akan lari bajet selepas Raya kan.. ??

Pada musim perayaan mesti berbelanja lebih daripada biasa kan? Bagi yang bekerja dalam sektor kerajaan, next gaji adalah 25 September. Yang swasta pun mengalami keadaan yang lebih kurang sama kan..................( sy 31 Sept ) huhu. Maknanya 6 minggu lagi baru dapat gaji berikutnya. Huiissh sebulan lebih kotttttttt.. -trauma kegawatan-

So, mesti ada yang tergaru-garu, terfikir-fikir, macamana nak cover budget sampai next gaji kan. Terfikir nak swipe segala kad kredit yg uols ada?? Sanggup ke nak tanggung risiko itu???

Ada jugak yang dah mula selak buku simpanan ASB dan Tabung Haji..


Berangan nak kuarkan sedikit simpanan tu kan.. **sikit ke?

Jangan risau, fatin ada jalan penyelesaian untuk itu. Fatin dan business partner yang lain memang nak sangat membantu uols. So, nak ke bonus RM4000-RM4500 pada 10 September kelak?

Jom kita jumpa & fatin sharekan pada anda..


Jom sama2 kita capai FINANCIAL & TIME FREEDOM...

MOBILE : 019-448 1391
EMAIL : fatinzaini23@gmail.com


Friday, 17 August 2012

Jom Singgah ke YanaSuperCookish

Assalamualaikum wbt,

Hye peeps dah tidur ke? Ntah-ntah tengah main tepung kat dapur tuh?! Teee___eeeT

Okeyh, bagi sesiapa yang tengah pikir-pikir kat mana nak beli kuih raya boleh laa singgah kat kedai yana samsudin punya booth.

Seriously, cookies dia sangat gempak dan sedaaapss ! Plus sesiapa yang kunjung ke booth beliau bole makan free lagi okeyh ! : )

Jom layan suasana booth yana.


area Gombak yee anak2, tempat lain takde maaf :)


this map for makes u easier :)

Nak tahu koleksi cookish yang ada kat sini??!

SuperStarberry

SnowParadise


HazelBall


SakuraForest


StyloChip


StrawberryLolita


ChocoKakYong


StrawberryLolita


Jadi, nie ada pesanan dari Yana samsudin untuk korang ! !



Jangan Lupa Singgah yee kat kedai yana. Sementara stok cookish masih ada dan jualan diskaun kaw kaw. Rugi kalau korang tak datang singgah. O___o


Makcik sendiri dah berjaya tinggalkan jejakkaki di sini ! ! ohsem~ ^__^



Friday, 3 August 2012

Kawan Itu Musuh Ketat Kita

Assalamualaikum wbt,

Salam jumaat untuk semua !! Semoga sihat hendakNya yee peeps !! = , =

Baru-baru nie acik jumpa my "sweetish" lama. Dulunya kami nie kejap rapat kejap renggang. Susah nak maintain positive in relationship. Sebab berkawan pun mengalah berebut pasangan Boyfriend/Girlfriend. Aiyoyo banyak kelakar bila terjadi macam nie.

Jadi, tanpa d'sangka-sangka tahun 2012 dah ending story yang paling best dalam hidup acik. Sebab kami dapat jadi closer semula, tanpa amik port dari segala anasir dari luar. Teeee___eeeT

Kalau boleh nak berkawan biar nawaitu itu ikhlas terima sesama kita seadanya. Jangan pertikai benda-benda yang boleh gugat diri kita dengan orang lain. Kalau kita memilih bulu sangat, belum tentu kita dapat kawan atau sahabat yang ikhlas untuk kita tak kira time susah ataupun senang. Waallahu'alam~

nie laa musuh ketat saya sekarang !


orang kata kembar, tapi MUSTAHIL sangat2 laa !
-jauh panggang dari api-


dulu time sekolah kami kuat gaduh, sebab acik gelar dia "hamster". dia feveret kuaci dulu sampai sekarang. 
-maaf yee-





Menu kami masa berjumpa. Bila tengok-tengok balik album nie terus buat entry dan sekarang tengah puasa.

Ya ampun, rasa nak cari dan makan sekarang lah ! ^__^

Apa pun, mereka betul-betul buat hati acik berputik untu bercinta dengan kawan semula. Hahaha ayat takda motif, entah papa kan ! *rasa nak lempang lajulaju ja*

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan 2012 Bersamaan 1433

Assalamualaikum wbt,

Pejam celik pejam celik, tak sangka kita Ramadhan mula menjelma. Jadi, dikesempatan ini, makcik nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2012. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan. Insyallah. :)


Jadi, bila dah puasa MESTI ada peraturanya kan?! Jadi to all my readers, jaga puasa kita supaya tak terkurang pahala amalan kita tahun nie. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^__^


Tak lupa dengan pesanan dari Ustaz Don,, Huhu




Wassalam,

Tuesday, 10 July 2012

Cerita Terbengkalai - Part 4

Assalamualaikum wbt,

2 minggu lepas, sempat laa acik turun kola lumpur dengan cara bidan terjun. Kemudian, sempat laa berjumpa dengan kekasih hati dari Shah Alam dan Melaka. Mak aihh rindu sangat sama mereka. Jadi, kami plan untuk turun PWTC bersama-sama walaupun salah sorang sayang acik nie tak sempat siapkan assignmentnya. He He He :))







Nie laa kekasih hati saya ! Love Love Love :)

Wassalam,

Monday, 9 July 2012

Cerita Terbengkalai - Part 3

Assalamualaikum wbt,

Baru-baru nie acik kena hadiri satu lawatan tapak ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

First time dapat masuk kampus baru UPSI nie tau. Best laa dapat masuk tak serupa pelawat tapi macam student. Ba Ha Ha *perasan jap*







Masa nie buat lawatan memang rasa jenuh memusing dalam kawasan nie. Sangat laa luas ! Macam mana laa student dia nak gerak dari satu building ke satu building. Fikir-fikirkan laa :))

Wassalam,


Cerita Terbengkalai - Part 2

Assalamualaikum wbt,

Kemudian, acik dapat offer untuk hadiri Kursus Anjuran MARA bersama Asia-Pacific Aesthetics Spa & Wellness Business Conference & Exhibition di Sentosa Regency Hotel, Alor Star, Kedah.

Seriously, it's really awesome and superb tau dapat join kursus nie. Tak rugi dapat pergi. He He He









Haa ada jugak muka tersesat di sini. *sorry muka out gileeerr dah time nie, mengantuk ya rabbi. kursus nie start pukul 8am, jadi kena keluar awal dari rumah untuk sampai ke sini* Huuuissh~


Jadi, seronok bila ada conference terbesar nie. Banyak tokoh usahawan dan pakar perubatan antarabangsa yang turun untuk jadi speakers hari tuh. Rugi kalau kita tak rebut peluang nie tau. 


Wassalam,

Cerita Terbengkalai - Part 1

Assalamualaikum wbt,

Hahaha ini cerita yang sudah terbengkalai beberapa minggu nie. Sejak jadual dah penuh nie, nak online pun dah macam nak kena buat appointment plak lepas nie. Hehehe. Jadi jom santap apa aktiviti makcik sepanjang beberapa minggu nie. :))

Acik ada pergi ke Himpunan Usahawan "Jom Niaga" di UiTM, Merbok, Kedah pada 19 & 20 Jun 2012. Memang best pergi karnival, kursus, pameran yang berkaitan keusahawanan nie. Seronok sebab dapat timba banyak ilmu. Alhamdulilah boleh laa dari tak buat pape kan. ^__^




Time nie tengah dengar forum yang dihadiri oleh Datuk Yusoff Haslam (berucap), Rosyam Nor (baju merah) dan Aziz Desa (baju biru gelap). Seronok dengar kisah turun naik mereka ! HEBAT !!



Dalam mada berjalan-jalan dekat karnival nie terus ternampak Chef Zam yang tengah busy nak prepare makanan mewakili salah sebuah kolej memasak. Ape ntah yang nak dimasak pun tak tahu. Acik curik snap picture dia, kemudian terus kejar ke tempat lain. *panas terik time nie*


Wassalam,


Friday, 22 June 2012

Eh Buka Pekung Di Dada Lah



Assalamualaikum wbt,

Hye peeps.. ^_^

Hari nie makcik punya masa luang dan nak sangat bebel dalam blog nie. Hehe. Rindu oh hooi kat bebelmakcik nie. :)

Rindu sangat time study kat Kuantan. Rindu dengan pensyarah membebel sebab ramai tak siapkan assignment. Rindu nak gaduh dengan housemates yang gila-gila. Rindu dengan kehidupan yang sesak dengan aktiviti muda remaja dulu. Semua tuh dapat 3tahun lepas. Fuuueeww~ wa rindu u guys lah !

Ingat lagi semua kenangan silam nie semua. Sanggup bawa diri pergi jauh bawa diri ke tempat orang semata-mata nak belajar hidup tanpa bantuan dari keluarga sepenuhnya dan kawan-kawan time sekolah. Jom dengar kisah hidup acik serba ringkas.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Dengar lagu nie sambil baca entry bawah nie, panjang berjela bohsan tau. Ha Ha :)



Acik bukan laa seorang smart student kat sekolah rendah mahupun menengah. Orang kata level pun takat so-so jer. Bukan tak mengaji betul-betul tapi itu kemampuan yang ada time tuh. Tapi bila habis jer SPM, acik terus nekad nak berhijrah ke satu tempat yang jauh dari family, saudara-mara dan orang sekeliling. *haha bukan frust bercinta nah* :)

Jadi, Allah makbulkan permintaan acik. Akhirnya hampir 3tahun tercampak laa jauh nun ke Kuantan. Jadi, selama kita tahun kat sana, macam-macam benda yang acik belajar sorang diri. Semua hidup berdikari bersama-sama kawan di Kuantan. Nasib baik time kat sana, acik dapat kawan-kawan semua meriah supa sanak-saudara. Lecturer plak macam mak ayah. Haha. Kalau korang nak tau, acik bukan anak manja dalam family yang cepat cenggeng nanges sob sob bila jauh dengan family. Jarang sangat laa acik nie nak contact family calling2 dan messaging  suka-suka. Call bila perlu saja contoh "darurat sangat takda ongkos". Hehe.

Selama di sana jugak, acik belajar untuk survive hidup dengan elaun mara sedia ada. Minta maaf ! My family tak kasi laa ongkos lebat-lebat sejak dorang tahu acik dah ada elaun mara. Jadi cukup tak cukup itu laa naseb kau laaabuuuu. Jadi, nak cukup nafsu hati nie, terpaksa laa belajar untuk study sambil bekerja. Yess, acik penah kerja kat sana. Penah jual barang kesihatan e.g: detox, ubat kesihatan dan etc, kerja pasar malam dgn sorang housemate, buka gerai kat kolej dan macam-macam lagi laa. Sanggup buat dengan hati rela atas niat nak belajar survive hidup. Haha *padahal nak taknak kena buat jugak, sebab family dah trained acik untuk belajar buat semua nie sendiri* 

Bayangkan laa berbekalkan sebuah motor Lagenda yang dikenali sebagai HILUX atau PAJERO nie laa sanggup berjasa pada acik selama 3tahun kat sana. HEBAT kan my hilux nie ! Tanya jaa sapa yang kenal acik, semua mesti kenal acik dengan hilux tuh. Sebab barang sebesar mana yang tak penah ditunggang olehnya. Haha kelakar weyh bila kenang balik :)

Pejam celik pejam celik, akhirnya dah habis hidup kat sana. Dan awai bulan 5, acik pulang ke Kedah iaitu kampung halaman saya. 

Seminggu balik dari Pahang pun, tergamak gila tak bagitau orang Kedah yang acik dah balik uamh. Bila terkantoi, minggu kedua terus berpusu-pusu rakyat jelata nak jumpa acik. *terasa diriku begitu berharga time nie, ramai ingat kita lagi -terharu-*

Minggu ketiga, busy prepare untuk kenduri tahlil dan kesyukuran kat kampung sebelah mak. Alhamdulilah dapat buat jugak hajat family sebelah mak.

Minggu berikutnya, acik terus buat preparation untuk realisasikan my dream comes true. Tahu tak, acik nie sorang yang suka berangan-angan ngalah mat jenin tuh. Pantang ada masa luang ka mesti berangan bagai naik rak punya. Hehe *habits nie tak ley tinggal sampai sekarang* :)

Jadi, step by step acik buat. And now, acik became who am i. Macam tak caya dah langkah sampai ke tahap nie. Dengan usia 21 tahun acik dah punya company sendiri yang berdaftar dengan SSM  dan current account for my business. *lepas nie boleh tarnsaction by check yeah* :)

Ramai orang suka isu kan hal nie kenapa acik berani ambik risiko umur muda nie sanggup buat semua nie. Yess !! Tak dinafikan memang setiap langkah yang acik buat nie ada risikonya. Tapi nie laa hajat acik dari kecik nak buat. Dan nie laa jugak salah satu angan-angan dulu. Insyallah, apa yang dihajati pasti acik nak kejar dapatkan sebaik mungkin. Biar apa kata orang pada acik, yang penting acik tau apa yang acik buat sebenarnya. 

Thanks a lot to my beloved parent because sanggup biarkan anak dorang belajar erti hidup nie. Kalau tak di "seksa" dulu, pasti acik tak akan berani rebut peluang nie. Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga kelak.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Jadi, pada yang muda remaja kat luar sana. Memang kita punya masa muda yang banyak dan lapang untuk enjoy and entertain our life now. But, please remember how long we can establish with this conditions?? Lebih baik, buka minda dan cuba cari peluang untuk tonjolkan bakat yang kita ada dari sekarang. Itu adalah lebih baik dari kita pung pang pung ntah papa. Mencari bekalan nie penting untuk kita kelak, my dears. Hopefully, you all can take note a little bit what i mean. Insyallah, satu hari nanti korang pasti akan tahu kebenaran sebab dan musababnya. Hargailah usia dan masa yang kita ada sekarang yee.. 

Love by Makcik Bebel.. ^_^

Wassalam,


Salam Jumaat Semua, Rindu Lah !


Assalamualaikum wbt dan salam jumaat semua ! Harap semua sihat yee..

Mak aih dah lama bebenor makcik ninggal blog nie haa. Bersarang lagi laa jawabnya. Jadi, hari nie punya kesempatan nak updated sikit.

Alhamdulilah, sejak memulakan bisnes nie memang rezeki acik tak putus-putus datang. Memang terus tak cukup kaki tangan bila buat bisnes sendiri. Yes all of things i need to do by myself okeh !!

Acik bukan bekerja yang tunggu arahan dari bos untuk gerak kerja, tapi acik laa pekerja dan acik jugak laa big boss !! Yezza, dah dari awal berani mati nak mulakan bisnes. So, nak taknak mesti berusaha lebih untuk do it the best preparation for my beloved business. Alhamdulilah, semua berjalan dengan baik sepanjang tempoh percubaan yang singkat nie. Seronok tau ada bisnes sendiri.

Tapi apa pun hati mesti mau KENTAL untuk hadapi sebarang kemungkinan dan benda yang tak diduga. Haha. Mentaliti mesti KUAT untuk handle each of them.

Apa pun, tak lupa jugak TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua orang sekeliling acik nie yang tak putus-putus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan acik selama nie. Semoga ALLAH sentiasa berkati anda semua. Amin.

Okeyh, tunggu lepas nie ada lagi bebelan makcik tentang apa yang acik buat selama nie. Sharing is caring ! :)

Wasslam,