About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Friday 30 March 2012

Jom BERUBAH

Assalamualaikum wbt,



Dah tengok dan paham maksud tentang apa yang keding-keding kat atas tuh tunjuk??! -bajet nak lawak, tapi taaak pung-  HAHA


Entry yang kat bawah huraikan serba sikit tentang *kliks sini*. Jadi nie ada sambungan sikit untuk tajuk yang kat bawah tuh. -tetiba jari jadi rajin pulak-


*******************


!  Langkah-langkah Perubahan SEGERA  !

 
1)  Lakukan sesuatu yang mencabar agar segala kemampuan yang tersembunyi akan terpancar tanpa disangka.  

Sesuatu kelebihan pada diri biasanya akan diketahui bila diri diuji. *tak caya flashback dulu*. Biarlah orang mengkritik kita nie sampai tahap BERBAHAYA, sebab kat situ laa baru kita akan nampak apa keHEBATan diri kita yang sebenarnya. *Haa bangga tak bila jadi dalam keadaan macam nie ?! *

2)  Gagal dalam apa yang kita buat BUKAN satu kesalahan di sisi agama dan undang-undang

Kita tak payah nak pandang atau amik port pun dengan undang-undang manusia (individu) yang hanya suka tengok kegagalan kita. Mungkin kita pun akan kecik hati bila jadi macam nie sebab kita anggap kesalahan tuh sebagai satu benda yang hina. - uh sentap taw kalau kena- Tapi takpa benda yang patut motivate diri kita balik hanya boleh naik bila kita jerit dalam hati " Apa hak engkau nak kritik kesalahan aku, macam laa kaw tuh perfect sangat bai !!" Bukan niat kita nak hina dia, tapi kita nak lawan balik perasaan "hangin satu badan nie hilang dengan serta merta".  *thumbs up for yourself* =)


3)  Cuba untuk kita keluar dari kepompong yang selesa. 

Nie dalam erti kata lain, kita perlu jugak untuk belajar susah dari kebiasaan yang selalu kita hadapi. Biar kita belajar sikit tanggung risiko supaya dari situ kita akan nampak kat mana sebenarnya KEKUATAN yang kita ada yang kita sendiri tak nampak sebelum nie. - terpikir cam nak tukar jadi power rangers laa pulak, tapi boleh ke tak?- HAHA


4)   Bagi sesiapa yang suka berjalan-jalan dan suka tuntut ilmu kat luar nie. 

 Yes, you must KEEP ON, beb !! Nak tahu tak kenapa ?! Sebab dari situ jugak laa kita akan gunakan semua keHEBATan diri kita seOPTIMUM yang boleh.. Auuwwyeeh~


5)   Okeyh last dah, lepas nie kita kena jugak berlatih untuk ada semangat hati yang KENTAL dan HARDCORE sikit supaya kita takkan cepat mengaku kalah.  

*cuba ingat balik ayat orang yang time benggang, pantang betul laa aku kalo kena cabar nie haaa dan plus plus susun ayat dari anda sendiri !*


**********************


So, apalagi ??! Cepat-cepat laa kita CAMPAK BUANG perasaan yang boleh jadi racun untuk diri kita tuh sebelum terlambat. Fuhh~


Wassalam,

Lupakan Impian Tuh Kalau...



copypaste from uncle google.com


 Assalamualaikum wbt, 


Kali nie acik nak share something yang rasa patut acik tulis dan simpan dalam blog nie. Bukan apa, nak buat kata-kata semangat sikit dalam hidup. Senang cakap selagi hidup blog nie, so selama tuh jugak laa acik boleh baca segala benda yang dah acik tulis.. Iyee idok?! :)


*********************


Kat sini acik nak share tentang tajuk "LUPAKAN LAA IMPIAN TUH KALAU dot dot dot ". Kat bawah nie adalah SEBAB kenapa kita kena lupakan KALAU dot dot dot ! 


  • Mungkin kita dah rasa dengan apa yang dah kita ada sekarang. Jadi kat situ, kita akan ingat kita dah ada kat ZON STABIL tanpa ada "critical time" dalam hidup kita. Oh itu SALAH SAMA SEKALI !

  • Hidup tak pernah berubah atau berkembang. Nie mungkin faktor kita hanya buat RUTIN HARIAN kita saja macam pergi kerja/study, makan/minum, borak kosong, tidur dan plus plus.

  • Masih tetap di tempat/hasil yang sama. Cuba tengok orang lain, dah pergi jauh tapi diri kita masih duk kat level mana lagi ?! -cepat pikir-

  • Hanya tunggu dan lihat. Waaaah ! Nie sah kita percaya dengan mitos "rezeki turun dari langit". Astaga' tak patut... Terbaik laa kalau memang wujud rezeki jatuh seketui depan mata tanpa ada usaha. 

  • Malas bergerak atau usaha. Nie lagi best kan sebab kita SUKA DENGKI dengan kejayaan orang lain, heboh satu kampung keburukan orang. Tapi pernah ternampak tak kelemahan kita kat mana ?!

  • Takut untuk buat keputusan. Sebelum jadi apa-apa lagi dah naik awan atas kepala "bagaimana kalau aku buat nie gagal?" tak pun naik awan yang macam nie "apa jadi kalau kita dah berjaya nanti?". HAHA

  • Hanya lakukan kerja ala kadar. Yang senang cakap kita dalam kategori suka NEGATIVE THINKING ! Jadi, bila masa pulak la kita nak postive thinking ?!

  • Tak mahu turut serta berjuang dalam hal-hal yang besar walaupun sebenarnya kita tahu yang diri kita memang MAMPU BUAT. Suka sangat simpan dengan "kupon risiko". Hidup nie tak penah yang takdak risiko aih.

  • Tak pernah nak "top up" ilmu pengetahuan. Selalu kita pikir yang ilmu yang kita dah ada sekarang nie dah cukup pun untuk diri kita. -Alahai sadisss gila-

  • Hanya mampu jadi TUKANG KRITIK PROFESSIONAL. Lumrah nak kondem orang nie memang tak penah habis pun dalam hidup kita sebagai manusia. Tak boleh buat apa, tapi kena buat biar laa kita pun sama pengkritik professional jugak yang penuh fakta dari auta.

  • Tak mampu nak buat keputusan. Kadang-kadang benda yang senang pun kita jadi susah nak buat keputusan yang TEPAT dan MUKTAMAD.

  • Hidup dalam ketakutan. Mungkin nie kita nie style yang 24hours takut dengan keadaan sekeliling. Contoh: takut kena kritik, kena kutuk, gagal dalam apa yang kita buat, dan macam-macam lagi laa.

  • Suka cari kesalahan orang lain. Nie nak buat sebab nak bagi NIAT DENGKI tuh tercapai dengan jayanya.

  • Seringkali bersikap DEFENSIF; setiap kali orang lain menasihati, ada saja laa yang nak ditegakkan untuk pertahankan diri. Pepatah kata "tegak benang basuh".

***************

 copypaste from uncle google.com


Kesimpulannya, agak-agak boleh nampak tak lagi kat mana salah atau kelemahan kita tuh?! Bukan nak push diri 100% berubah PERFECT. Huissh mustahil laa nak bertukar jadi macam. Tapi kadang-kadang tak mustahil jugak kalau orang tuh punya azam yang "KENTAL". -memang tabik laa sapa yang dapat jadi macam tuh- 

Okeyh, nanti acik share lagi pengalaman acik. Insyaallah kalau sempat, cukup masa acik memang conteng laa kat sini.. HAHA ! :)

Wassalam,

Sunday 25 March 2012

Cobaan




Assalamualaikum wbt,





Dengan rasa serabut serabainya hari nie, macam-macam benda jadi. Fuh memang dugaan. Takdak benda yang boleh cakap lagi melainkan "Allahuakhbar", mudah-mudahan Allah akan permudahkan urusan acik kelak. -AMEEN- ^,^


Nak tenangkan hati jom kita layan lagu nie seyh ! *cuba senyum*






Wassalam,

Subhanallah

Assalamualaikum wbt,






Tetiba duk online fb tadi terus terjumpa dengan 2 lagu yang dusssh ! Memang SENTAP bila dengar. Mahu tak nya, jalan cerita lagu nie boleh flashback balik oi sejarah silam kita yang JAHAT tahap maksima tuh ! Sapa laa yang time kecik tak pernah JAHAT macam nie memang tipu laa jawabnya.. Keh keh keh ! ^,^


Okeyh, korang boleh dengar dan hayati setiap lirik dia..


Bagi acik, video nie boleh touching habis sebab dia nak explain kat kita tentang seorang ibu/mak/mama/mummy or whatelse yang sanggup tahan dengan perangai "hardcore" anak-anak dia.. Subhanallah~ memang cukup besar laa sikap sabar dia tuh kat kita. Betul tak ?! *hanguk cepat kalau setuju*


So, kita sebagai anak-anak kenapa tak boleh layan balik macam mana yang dah mak kita korbankan kat kita dulu ?! Cuba pikir balik PATUT ke TAK PATUT ?!


Acik nie tak nak laa judges orang terlebih sangat. Sebab diri sendiri pun tak tahu lagi boleh cukup sempurna ke tak kat mata orang lain. Yela kita semua manusia biasa, yee idok ??


Jadi, moh laa kiter memikiorkan bersame yee ! ^___^



Wassalamu,

Saturday 24 March 2012

Whooops !

Assalamualaikum wbt..




Walimatulurus ;)





Ehem ehem ! *test test 1 2 3*

Okeyh, dah setting semua dah.. Permulaan yang sikit aah sengal seyh ! Hehe. 

Makluman semua ini adalah blog untuk sukasuki pemilik diri sendiri.. Acik bukanlah seorang editor yang HEBAT ! tapi acik buat blog untuk sukasuki.. Okeyh sukasuki ! Haa,, so tiada larangan kepada sesiapa nak datang atau turunkan jejak komen kat blog sini.. 

Nama pun blog kan, jadi semua orang boleh tengok dan baca. Bagi yang rasa blog ini sangat laa ignoring, tak jadi masalah anda untuk MENYAMPAH atau seangkatan dengannya. Sebab acik jenis "aiman tak kisah" ! :)

Hopefully, blog ini akan jadi part of my " buku conteng-conteng" kat sini. HAHA ! 

Acik mohon tunjuk ajar senioritas-senoritas semua untuk tolong acik kalau ada benda yang nak di TANYA, KONGSI, mahupun PENDAPAT. Ilmu penting selagi nyawa dikandung badan. *tudiaaa semangat bebenor bunyinya itu* :)


Wassalam,