About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Friday 30 March 2012

Lupakan Impian Tuh Kalau...



copypaste from uncle google.com


 Assalamualaikum wbt, 


Kali nie acik nak share something yang rasa patut acik tulis dan simpan dalam blog nie. Bukan apa, nak buat kata-kata semangat sikit dalam hidup. Senang cakap selagi hidup blog nie, so selama tuh jugak laa acik boleh baca segala benda yang dah acik tulis.. Iyee idok?! :)


*********************


Kat sini acik nak share tentang tajuk "LUPAKAN LAA IMPIAN TUH KALAU dot dot dot ". Kat bawah nie adalah SEBAB kenapa kita kena lupakan KALAU dot dot dot ! 


  • Mungkin kita dah rasa dengan apa yang dah kita ada sekarang. Jadi kat situ, kita akan ingat kita dah ada kat ZON STABIL tanpa ada "critical time" dalam hidup kita. Oh itu SALAH SAMA SEKALI !

  • Hidup tak pernah berubah atau berkembang. Nie mungkin faktor kita hanya buat RUTIN HARIAN kita saja macam pergi kerja/study, makan/minum, borak kosong, tidur dan plus plus.

  • Masih tetap di tempat/hasil yang sama. Cuba tengok orang lain, dah pergi jauh tapi diri kita masih duk kat level mana lagi ?! -cepat pikir-

  • Hanya tunggu dan lihat. Waaaah ! Nie sah kita percaya dengan mitos "rezeki turun dari langit". Astaga' tak patut... Terbaik laa kalau memang wujud rezeki jatuh seketui depan mata tanpa ada usaha. 

  • Malas bergerak atau usaha. Nie lagi best kan sebab kita SUKA DENGKI dengan kejayaan orang lain, heboh satu kampung keburukan orang. Tapi pernah ternampak tak kelemahan kita kat mana ?!

  • Takut untuk buat keputusan. Sebelum jadi apa-apa lagi dah naik awan atas kepala "bagaimana kalau aku buat nie gagal?" tak pun naik awan yang macam nie "apa jadi kalau kita dah berjaya nanti?". HAHA

  • Hanya lakukan kerja ala kadar. Yang senang cakap kita dalam kategori suka NEGATIVE THINKING ! Jadi, bila masa pulak la kita nak postive thinking ?!

  • Tak mahu turut serta berjuang dalam hal-hal yang besar walaupun sebenarnya kita tahu yang diri kita memang MAMPU BUAT. Suka sangat simpan dengan "kupon risiko". Hidup nie tak penah yang takdak risiko aih.

  • Tak pernah nak "top up" ilmu pengetahuan. Selalu kita pikir yang ilmu yang kita dah ada sekarang nie dah cukup pun untuk diri kita. -Alahai sadisss gila-

  • Hanya mampu jadi TUKANG KRITIK PROFESSIONAL. Lumrah nak kondem orang nie memang tak penah habis pun dalam hidup kita sebagai manusia. Tak boleh buat apa, tapi kena buat biar laa kita pun sama pengkritik professional jugak yang penuh fakta dari auta.

  • Tak mampu nak buat keputusan. Kadang-kadang benda yang senang pun kita jadi susah nak buat keputusan yang TEPAT dan MUKTAMAD.

  • Hidup dalam ketakutan. Mungkin nie kita nie style yang 24hours takut dengan keadaan sekeliling. Contoh: takut kena kritik, kena kutuk, gagal dalam apa yang kita buat, dan macam-macam lagi laa.

  • Suka cari kesalahan orang lain. Nie nak buat sebab nak bagi NIAT DENGKI tuh tercapai dengan jayanya.

  • Seringkali bersikap DEFENSIF; setiap kali orang lain menasihati, ada saja laa yang nak ditegakkan untuk pertahankan diri. Pepatah kata "tegak benang basuh".

***************

 copypaste from uncle google.com


Kesimpulannya, agak-agak boleh nampak tak lagi kat mana salah atau kelemahan kita tuh?! Bukan nak push diri 100% berubah PERFECT. Huissh mustahil laa nak bertukar jadi macam. Tapi kadang-kadang tak mustahil jugak kalau orang tuh punya azam yang "KENTAL". -memang tabik laa sapa yang dapat jadi macam tuh- 

Okeyh, nanti acik share lagi pengalaman acik. Insyaallah kalau sempat, cukup masa acik memang conteng laa kat sini.. HAHA ! :)

Wassalam,

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~