About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Wednesday 29 August 2012

Iftar Bersama Shaheizy Sam dan Along Rajalawak

Assalamualaikum wbt,

Malam nie acik dah free untuk story-mory al-kisah sepanjang my journey a week before raya. Hehe, orang bandar dah busybusy nak pulang ke kampung tapi yang acik dan member (hanani namanya a.k.a nanie) terbalik plak turun kL time tuh.

Jadi, make it simple. Acik nak kongsi cerita tentang aktiviti kat kL sana.

Tujuan kami turun kL sebab ada event. Believe it or not, " i bukak posa dengan Shahiezy Sam uolls!!" Jakun seketika sebab in whole my life tak terpikir pun nak berbuka puasa, chitchat, gelaktawa dengan artis. Retis lagi ada lah.. #angkat tangan ke bahu! ayat nak mintak lempang# ^_^

Meh cuci mata dengan a few photo yang sempat kami terjah. Layaan yuk !! >>> SEE MORE <<<





Nak tahu kisah details lagi??

Kliks di sini   >>>SEE MORE<<<

Wassalam, 

^__^

Tuesday 28 August 2012

Siapa Mahukan RM4500 Dalam Akaun?!

 Salam semua.

Sedar tak sedar, Ramadhan dah meninggalkan kita kan. Sekarang syawal dah datang.

Macam mana dengan kemeriahan menyambut hari raya yang pertama?? Persiapan raya banyak tak? Banyak tak pergi rumah terbuka? Mesti banyak makan kan kan kan..hihi Baju raya dah berapa helai tahun nie????

Untuk suami? anak-anak? ibu ayah? adik? kakak? diri sendiri?
Hope semuanya dah puas hati dengan persiapan tersebut. :)

Kalau begitu, jom kita cuba jelingjeling kejap bajet yang kita kena tanggung compare dengan pendapatan kita? Berbaloi ke tak yee?

Bagi yang pendapatan gemoksss boleh laa menyambut Ramadhan dan Syawal dengan hati yang tenang tanpa pikirkan hal ehwal kewangan. Tapi, macam mana plak dengan individu yang mempunyai pendapatan atas pagar jer.

Mungkin kita pernah terdengar al-kisah ada orang sanggup buat personal loan bagi menampung perbelanjaan time puasa dan raya nie. Rasa-rasa kaedah nie boleh menyenangkan kita lagi atau membebankan kita lagi? #tepuk dada tanya lah kata hati anda#

Mari layan selingan keratan akhbar yang selalu terbit bila musim perayaan.




Kebanyakkan ramai yang akan lari bajet selepas Raya kan.. ??

Pada musim perayaan mesti berbelanja lebih daripada biasa kan? Bagi yang bekerja dalam sektor kerajaan, next gaji adalah 25 September. Yang swasta pun mengalami keadaan yang lebih kurang sama kan..................( sy 31 Sept ) huhu. Maknanya 6 minggu lagi baru dapat gaji berikutnya. Huiissh sebulan lebih kotttttttt.. -trauma kegawatan-

So, mesti ada yang tergaru-garu, terfikir-fikir, macamana nak cover budget sampai next gaji kan. Terfikir nak swipe segala kad kredit yg uols ada?? Sanggup ke nak tanggung risiko itu???

Ada jugak yang dah mula selak buku simpanan ASB dan Tabung Haji..


Berangan nak kuarkan sedikit simpanan tu kan.. **sikit ke?

Jangan risau, fatin ada jalan penyelesaian untuk itu. Fatin dan business partner yang lain memang nak sangat membantu uols. So, nak ke bonus RM4000-RM4500 pada 10 September kelak?

Jom kita jumpa & fatin sharekan pada anda..


Jom sama2 kita capai FINANCIAL & TIME FREEDOM...

MOBILE : 019-448 1391
EMAIL : fatinzaini23@gmail.com


Friday 17 August 2012

Jom Singgah ke YanaSuperCookish

Assalamualaikum wbt,

Hye peeps dah tidur ke? Ntah-ntah tengah main tepung kat dapur tuh?! Teee___eeeT

Okeyh, bagi sesiapa yang tengah pikir-pikir kat mana nak beli kuih raya boleh laa singgah kat kedai yana samsudin punya booth.

Seriously, cookies dia sangat gempak dan sedaaapss ! Plus sesiapa yang kunjung ke booth beliau bole makan free lagi okeyh ! : )

Jom layan suasana booth yana.


area Gombak yee anak2, tempat lain takde maaf :)


this map for makes u easier :)

Nak tahu koleksi cookish yang ada kat sini??!

SuperStarberry

SnowParadise


HazelBall


SakuraForest


StyloChip


StrawberryLolita


ChocoKakYong


StrawberryLolita


Jadi, nie ada pesanan dari Yana samsudin untuk korang ! !



Jangan Lupa Singgah yee kat kedai yana. Sementara stok cookish masih ada dan jualan diskaun kaw kaw. Rugi kalau korang tak datang singgah. O___o


Makcik sendiri dah berjaya tinggalkan jejakkaki di sini ! ! ohsem~ ^__^



Wednesday 8 August 2012

Ice-Cream and Frozen Yogurt @ Yogo Goyo

Salam semua !!

Bulan puasa nie makcik suka sangat post entry tentang makan. Yela, siang tak boleh makan kan. Jadi, bila lalu depan kedai ke terdengar ke. CONFIRM terliur nak makan itu ini. Haha

Asal laa time tengah tak puasa tak lapar sesanggap nie ey?? 

Peliks jugak makcik dibuatnya..

Jadi, jom cuci mata lagi readersss ! !

waktu siang


 waktu malam

 stylo wallpaper kedai dia


decotion yang sempoi


nampak stylish sangat


gerbang ais-krim dia. ada 6 jenis perisa kat sini


bahan-bahan

rencah nak bagi lagi ummm~


Finally, makcik dan partner sorang lagi tambah rencah-ratus macam kat bawah. Kitaorang pergi lewat malam dah. Haha ! Dapat laa lepas ngidam kat ais-krim nie makcik tiap-tiap hari lalu depan kedai dia. 


cuba mana satu yang makcik punya ? !


notakaki :: gambo decoration kedai nie memang makcik copypaste from mr.google yee anak-anak. Ais-krim yang makcik makan tuh jer makcik snap sendiri. Al-maklum gelap sebab duduk makan diluar. =,=

Tuesday 7 August 2012

Ketahui Rahsia Posisi Tidur Anda

Assalamualaikum wbt dan hye peeps,


Huaaaarghhh mengantuk nyeeee....


Entry kali berceritakan tentang RAHSIA POSISI TIDUR anda ! Jom tengok anda kat kategori mana?! 

Dah tahu mesti sengeh sorang-sorang punya ! =,=

1) TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DI BELAKANG KEPALA

  • Individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar.
  • Suka memberi idea yang bernas dan unik yang sukar diperolehi daripada orang lain.
  • Family first ! sebolehnya anda ingin menjaga institusi keluarga dengan sebaik mungkin.
  • Sukar untuk bercinta kerana seorang yang memilih.
  • Seorang yang berterus terang dalam hubungan.
  • Suka luahkan perasaan tidak puas hati tanpa memendam.
  • Sedikit cemburu dan lekas berprasangka.
      ## cepat ubah sikap begini yee..

2) SELUBUNG SELURUH BADAN DENGAN SELIMUT

  • Berpenampilan "macho/cun" di hadapan khalayak ramai.
  • Pemalu dan lemah.
  • Terlalu menyimpan rasa dan perahsia.
  • Suka menyelesaikan masalah sendirian dan pendam daripada orang lain.
  • Sering meracau sewaktu tidur.
  • Tidak gemar/suka meminta bantuan orang lain.
  • Berjiwa lembut dan romantik dalam hubungan.
  • Pencinta setia walaupun ramai beranggapan anda tidak pandai bercinta.
     ## rugi besar laa siapa yang tak tahu menghargai anda..

3) TIDUR DENGAN KEDUA-DUA TANGAN DILETAKKAN DI BELAKANG KEPALA DAN KAKI BERSILANG.

  • Terlalu mementingkan perasaan diri sendiri.
  • Sukar menerima perubahan dalam diri.
  • Lebih gemar bersendiri tetapi mempunyai sikap toleransi.
  • Terlalu mengikut kata hati dan ambil nasihat orang.
  • Seorang yang tegas dalam semua perkara.
  • Tidak takut untuk berhadapan dengan cabaran.
  • mempunyai matlamat hidup yang jelas.
  • Seorang pendendam dalam hubungan.
  • Sekali anda terluka, anda tidak akan berduduk diam dan memastikan si dia menerima balasan yang setimpal.
      ## bahaya sesiapa di paras kategori nie..

4) TIDUR MEMBONGKOK

  • Sering berasa keseorangan dan kecewa dengan kisah silam.
  • Terlalu merendah diri dan kurang keyakinan.
  • Sangat pemalu.
  • Sifat sense of humor sangat kuat.
  • Kurang berkomunikasi dan mudah dicop sombong.
  • Penyabar dalam setiap situasi.
  • Sering teragak-agak dan berbelah bagi dalam memberi cinta kepada pasangan.
  • menganggap bahawa cinta telah lama hilang dalam kamus hidup anda.
      ## terima lah cinta dan cuba balasnya, setiap yang terjadi ada sebab dan hikmahnya..

5) TIDUR MEMBAONGKOK DAN MENGIRING

  • Seorang yang pentingkan diri sendiri dan kuat cemburu.
  • Pendendam.
  • Individu di sekeliling anda akan berhati-hati supaya anda tidak menyakiti diri anda.
  • Mudah meradang pada orang buat hati anda "panas".
  • Yakin pada diri sendiri.
  • Boleh melihat kejayaan dalam setiap perkara yang dilakukan.
  • Suka merealisasikan impian anda.
  • Seorang manis bibir dalam percintaan.
  • Pandai berkata-kata dan suka meluahkan perasaan.
     ## bagi individu yang suka tidur mengiring pada arah kanan dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah ! Tahniah~

6) TIDUR MENGIRING DENGAN BERALASKAN LENGAN DI KEPALA

  • Seorang yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang.
  • Kurang keyakinan dalam diri.
  • Sentiasa belajar dalam kesilapan yang dilakukan.
  • Terlalu boros dalam berbelanja dan belajarlah untuk mengawal nafsu.
  • Dalam diam, sebenarnya anda suka mencari perhatian daripada orang lain.
  • Cepat naik marah apabila berhadapan dengan situasi genting.
  • Tidak lokek untuk memberi hadiah kepada orang tersayang.
    ## rupanya boros nak beli hadiah ke.. boleh dipuji tapi perlu diperbaiki...

7) TIDUR TERLENTANG DENGAN TANGAN DAN KAKI SEDIKIT MENDEPA

  • Pencinta pada kebebasan, keselesaan dan kecantikan.
  • Mempunyai cita rasa yang sangat tinggi.
  • Tidak gemar mengikut arahan orang lain.
  • Boleh berdikari dan pantang bergantung dengan orang lain.
  • Pemboros tapi sesuai dengan pendapatan anda memiliki tidak kurang hebatnya
  • Penyibuk dan suka bergosip.
  • Bekerja keras dan beri komitmen pada kerja.
  • Tapi, si dia banyak makan hati dengan komitmen anda terhadap kerja.
  • Perlu bersikap mengahrgai dan romantik dalam hubungan dengan si dia.
      ## silalah perbaiki jika tidak mahu kehilangan si dia ye...

8) TIDUR MENIARAP

  • Anda seorang yang berfikiran agak sempit.
  • Fikiran terlalu tertumpu dan suka memaksa orang orang lain untuk memenuhi kehendak anda.
  • Seorang yang lalai dan tidak teratur.
  • Manja dan pemurah hati.
  • Popular dikalangan kawan-kawan dan orang sekeliling.
  • Suka memberi pertolongan.
  • Kawan adalah penting dalam hidup anda.
  • Pantang kepada manusia penipu.
  • Sering pelupa segala hal dalam percintaan.
  • Kadang-kadang pasif terhadap si dia.
      ## pandai-pandai la urus masa dan hidup.. dan berjaga-jagalah dalam percintaan anda yaa kerana si dia mungkin bosan dengan anda, dan mungkin minta "clash" .....




cuba teka sifat-sifat orang yang tidur nie macam mana plak??!


Wassalam,

Friday 3 August 2012

Kawan Itu Musuh Ketat Kita

Assalamualaikum wbt,

Salam jumaat untuk semua !! Semoga sihat hendakNya yee peeps !! = , =

Baru-baru nie acik jumpa my "sweetish" lama. Dulunya kami nie kejap rapat kejap renggang. Susah nak maintain positive in relationship. Sebab berkawan pun mengalah berebut pasangan Boyfriend/Girlfriend. Aiyoyo banyak kelakar bila terjadi macam nie.

Jadi, tanpa d'sangka-sangka tahun 2012 dah ending story yang paling best dalam hidup acik. Sebab kami dapat jadi closer semula, tanpa amik port dari segala anasir dari luar. Teeee___eeeT

Kalau boleh nak berkawan biar nawaitu itu ikhlas terima sesama kita seadanya. Jangan pertikai benda-benda yang boleh gugat diri kita dengan orang lain. Kalau kita memilih bulu sangat, belum tentu kita dapat kawan atau sahabat yang ikhlas untuk kita tak kira time susah ataupun senang. Waallahu'alam~

nie laa musuh ketat saya sekarang !


orang kata kembar, tapi MUSTAHIL sangat2 laa !
-jauh panggang dari api-


dulu time sekolah kami kuat gaduh, sebab acik gelar dia "hamster". dia feveret kuaci dulu sampai sekarang. 
-maaf yee-





Menu kami masa berjumpa. Bila tengok-tengok balik album nie terus buat entry dan sekarang tengah puasa.

Ya ampun, rasa nak cari dan makan sekarang lah ! ^__^

Apa pun, mereka betul-betul buat hati acik berputik untu bercinta dengan kawan semula. Hahaha ayat takda motif, entah papa kan ! *rasa nak lempang lajulaju ja*

Tuesday 24 July 2012

Nak Tak Pergi Melancong Oversea Secara PERCUMA

Acik rasa seronok sangat bila dapat ramai kenal yang buat business sekarang nie. Baru-baru nie acik ada meeting dengan biz partner, tak sangka dah laa datang menuntut ilmu. Pastu dapat plak ole-ole dari Guangzhou, China.

Buat bisnes nie bukan setakat jual-beli barang. Tapi, boleh pergi melancong 3x setahun ke oversea okeyh ! Pergi sana bawa diri saja sebab makan minum, penginapan, shopping, semua FREE jaa tau. Tak suka  lagi macam tuh?!

 nie yang acik dapat dari Guangzhou !! 
-walaupun kecik, tapi happy sangat sebab dia naik flight thru Malaysia-

Sambil-sambil tengok yang atas lebih baik cuci mata kat bawah nie hasil dorang 4hari di sana. Huissh jeles woo tengok !! Entah bila plak turn acik nak merasa macam dorang. Insyallah one day, CONFIRM !! :)

Pilih-pilih semua FREE saje !! 
Mak aih, jeles tengok dorang pergi lepas kemaruk "shoppping time". 

Nie laa PEMBAKAR SEMANGAT acik !! 
Mesti laa nak follow~

Buat bisnes bukan setakat dapat FREE of CHARGES melancong ! Tapi boleh dapat pergi MALAM GALA lagi kat sana. 

SEMUA FREE okeyh!! 

Insyallah, semoga satu hari nanti acik plak yang boleh bersama mereka nie. 
Naluri seorang perempuan TIPU laa cakap kalau TAK NAK Shopping !! Melancong kan !!

Wassalam,

Aktiviti Hari Pertama Berpuasa

Assalamualaikum wbt,

Acik nak share apa yang acik buat minggu nie. Yeah walaupun first day kita berpuasa tapi aktiviti harian mesti berjalan punya. Jadi, my business group ada buat meeting hari tuh. Memang best sebab dapat sedut macam-macam ilmu bila dah involved dalam business nie. Bekerja dalam PASUKAN adalah lebih baik daripada SENDIRIAN. Alhamdulilah acik rasa bila dapat dipertemukan dengan business nie dari awal. -syukur- ^_^

Jom layan pictures lepas meeting session, WAJIB bergambo punya.

 TEAMWORK is our aims.

Strategi "Riang Ria DUIT RAYA"


Duit Raya CONFIRM boleh kumpul!!

Kemudian, tak sangka rezeki kami sebab dapat berjumpa dengan "sweetish" kak ieja yang baru keluar panas-panas lagi!! Acik tengok naik geram tau. Kak Ieja tak sampai 2tahun buat bisnes nie terus dapat keluarkan "sweetish" beliau.

Nie laa "sweetish" beliau dalam masa 2 tahun saja tau. Dulu sebagai akauntan terkemuka d'Kuala Lumpur. Tapi sekarang FULL TIME buat bisnes. Puas hati BMW sebijik bila penat-penat kerja !! Kalau nak tunggu kerja lama dulu, belum tentu dapat merasa lagi, katanya. 

Akhirnya kami pun tumpang "ambik berkat" dengan sweetish kak ieja. Insyallah satu hari nanti, acik plak dapat jugak sebijik. Amin. 

Dapat ILMU kemudian PASTI BERTINDAK !! 


USAHA TANGGA KEJAYAAN. KITA PERLU BIJAK AMBIL PELUANG. PELUANG HANYA DATANG SEKALI SAJA DALAM HIDUP. renung-renungkan ^__^


Bagi sesiapa yang nak tahu tentang bisnes acik buat nie, jangan malu-malu untuk contact acik d'sini ::


Facebook : Fatin Zaini
E-mail : fatinzaifa@yahoo.com
Mobile : 019-448 1391

Friday 20 July 2012

I Need Money !

Makcik nak share something dengan anda tentang DUIT ! DUIT ! DUIT ! Ingat dah masuk musim perayaan PASTI, banyak fikirkan tentang kewangan. Maklum mesti dah mula fikir-fikir nak beli persiapan bulan puasa dan raya kan?!


Panduan Mengurus Kewangan Anda !

MERANCANG JADUAL PERBELANJAAN

Rancangkan perbelanjaan anda. Tanpa perancangan kewangan yang betul, pasti anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama.

MENABUNG

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 peratus(%) daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara yang paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.

MELABUR

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.

MENYIMPAN REKOD KEWANGAN

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Apapun perancangan kita, yang penting biarlah sepadan dengan simpanan kita. Supaya tak "gawat" selepas tuh. Yelaa, nak puasa raya nie ramai suka melaram itu ini. Tapi, lepas jer raya habis semua pokai diam tak terkata. Jadi, renung-renungkan. :)

Salam Ramadhan 2012 Bersamaan 1433

Assalamualaikum wbt,

Pejam celik pejam celik, tak sangka kita Ramadhan mula menjelma. Jadi, dikesempatan ini, makcik nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2012. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin dan mendapat keberkatan. Insyallah. :)


Jadi, bila dah puasa MESTI ada peraturanya kan?! Jadi to all my readers, jaga puasa kita supaya tak terkurang pahala amalan kita tahun nie. Renung-renungkan dan selamat beramal. ^__^


Tak lupa dengan pesanan dari Ustaz Don,, Huhu




Wassalam,

Tuesday 10 July 2012

Cerita Terbengkalai - Part 4

Assalamualaikum wbt,

2 minggu lepas, sempat laa acik turun kola lumpur dengan cara bidan terjun. Kemudian, sempat laa berjumpa dengan kekasih hati dari Shah Alam dan Melaka. Mak aihh rindu sangat sama mereka. Jadi, kami plan untuk turun PWTC bersama-sama walaupun salah sorang sayang acik nie tak sempat siapkan assignmentnya. He He He :))







Nie laa kekasih hati saya ! Love Love Love :)

Wassalam,