Makcik nak share something dengan anda tentang DUIT ! DUIT ! DUIT ! Ingat dah masuk musim perayaan PASTI, banyak fikirkan tentang kewangan. Maklum mesti dah mula fikir-fikir nak beli persiapan bulan puasa dan raya kan?!
Panduan Mengurus Kewangan Anda !
MERANCANG JADUAL PERBELANJAAN
Rancangkan perbelanjaan anda. Tanpa perancangan kewangan yang betul, pasti anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama.
MENABUNG
Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 peratus(%) daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara yang paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.
MELABUR
Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.
MENYIMPAN REKOD KEWANGAN
Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Apapun perancangan kita, yang penting biarlah sepadan dengan simpanan kita. Supaya tak "gawat" selepas tuh. Yelaa, nak puasa raya nie ramai suka melaram itu ini. Tapi, lepas jer raya habis semua pokai diam tak terkata. Jadi, renung-renungkan. :)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~