About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Friday 22 June 2012

Eh Buka Pekung Di Dada Lah



Assalamualaikum wbt,

Hye peeps.. ^_^

Hari nie makcik punya masa luang dan nak sangat bebel dalam blog nie. Hehe. Rindu oh hooi kat bebelmakcik nie. :)

Rindu sangat time study kat Kuantan. Rindu dengan pensyarah membebel sebab ramai tak siapkan assignment. Rindu nak gaduh dengan housemates yang gila-gila. Rindu dengan kehidupan yang sesak dengan aktiviti muda remaja dulu. Semua tuh dapat 3tahun lepas. Fuuueeww~ wa rindu u guys lah !

Ingat lagi semua kenangan silam nie semua. Sanggup bawa diri pergi jauh bawa diri ke tempat orang semata-mata nak belajar hidup tanpa bantuan dari keluarga sepenuhnya dan kawan-kawan time sekolah. Jom dengar kisah hidup acik serba ringkas.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Dengar lagu nie sambil baca entry bawah nie, panjang berjela bohsan tau. Ha Ha :)



Acik bukan laa seorang smart student kat sekolah rendah mahupun menengah. Orang kata level pun takat so-so jer. Bukan tak mengaji betul-betul tapi itu kemampuan yang ada time tuh. Tapi bila habis jer SPM, acik terus nekad nak berhijrah ke satu tempat yang jauh dari family, saudara-mara dan orang sekeliling. *haha bukan frust bercinta nah* :)

Jadi, Allah makbulkan permintaan acik. Akhirnya hampir 3tahun tercampak laa jauh nun ke Kuantan. Jadi, selama kita tahun kat sana, macam-macam benda yang acik belajar sorang diri. Semua hidup berdikari bersama-sama kawan di Kuantan. Nasib baik time kat sana, acik dapat kawan-kawan semua meriah supa sanak-saudara. Lecturer plak macam mak ayah. Haha. Kalau korang nak tau, acik bukan anak manja dalam family yang cepat cenggeng nanges sob sob bila jauh dengan family. Jarang sangat laa acik nie nak contact family calling2 dan messaging  suka-suka. Call bila perlu saja contoh "darurat sangat takda ongkos". Hehe.

Selama di sana jugak, acik belajar untuk survive hidup dengan elaun mara sedia ada. Minta maaf ! My family tak kasi laa ongkos lebat-lebat sejak dorang tahu acik dah ada elaun mara. Jadi cukup tak cukup itu laa naseb kau laaabuuuu. Jadi, nak cukup nafsu hati nie, terpaksa laa belajar untuk study sambil bekerja. Yess, acik penah kerja kat sana. Penah jual barang kesihatan e.g: detox, ubat kesihatan dan etc, kerja pasar malam dgn sorang housemate, buka gerai kat kolej dan macam-macam lagi laa. Sanggup buat dengan hati rela atas niat nak belajar survive hidup. Haha *padahal nak taknak kena buat jugak, sebab family dah trained acik untuk belajar buat semua nie sendiri* 

Bayangkan laa berbekalkan sebuah motor Lagenda yang dikenali sebagai HILUX atau PAJERO nie laa sanggup berjasa pada acik selama 3tahun kat sana. HEBAT kan my hilux nie ! Tanya jaa sapa yang kenal acik, semua mesti kenal acik dengan hilux tuh. Sebab barang sebesar mana yang tak penah ditunggang olehnya. Haha kelakar weyh bila kenang balik :)

Pejam celik pejam celik, akhirnya dah habis hidup kat sana. Dan awai bulan 5, acik pulang ke Kedah iaitu kampung halaman saya. 

Seminggu balik dari Pahang pun, tergamak gila tak bagitau orang Kedah yang acik dah balik uamh. Bila terkantoi, minggu kedua terus berpusu-pusu rakyat jelata nak jumpa acik. *terasa diriku begitu berharga time nie, ramai ingat kita lagi -terharu-*

Minggu ketiga, busy prepare untuk kenduri tahlil dan kesyukuran kat kampung sebelah mak. Alhamdulilah dapat buat jugak hajat family sebelah mak.

Minggu berikutnya, acik terus buat preparation untuk realisasikan my dream comes true. Tahu tak, acik nie sorang yang suka berangan-angan ngalah mat jenin tuh. Pantang ada masa luang ka mesti berangan bagai naik rak punya. Hehe *habits nie tak ley tinggal sampai sekarang* :)

Jadi, step by step acik buat. And now, acik became who am i. Macam tak caya dah langkah sampai ke tahap nie. Dengan usia 21 tahun acik dah punya company sendiri yang berdaftar dengan SSM  dan current account for my business. *lepas nie boleh tarnsaction by check yeah* :)

Ramai orang suka isu kan hal nie kenapa acik berani ambik risiko umur muda nie sanggup buat semua nie. Yess !! Tak dinafikan memang setiap langkah yang acik buat nie ada risikonya. Tapi nie laa hajat acik dari kecik nak buat. Dan nie laa jugak salah satu angan-angan dulu. Insyallah, apa yang dihajati pasti acik nak kejar dapatkan sebaik mungkin. Biar apa kata orang pada acik, yang penting acik tau apa yang acik buat sebenarnya. 

Thanks a lot to my beloved parent because sanggup biarkan anak dorang belajar erti hidup nie. Kalau tak di "seksa" dulu, pasti acik tak akan berani rebut peluang nie. Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga kelak.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Jadi, pada yang muda remaja kat luar sana. Memang kita punya masa muda yang banyak dan lapang untuk enjoy and entertain our life now. But, please remember how long we can establish with this conditions?? Lebih baik, buka minda dan cuba cari peluang untuk tonjolkan bakat yang kita ada dari sekarang. Itu adalah lebih baik dari kita pung pang pung ntah papa. Mencari bekalan nie penting untuk kita kelak, my dears. Hopefully, you all can take note a little bit what i mean. Insyallah, satu hari nanti korang pasti akan tahu kebenaran sebab dan musababnya. Hargailah usia dan masa yang kita ada sekarang yee.. 

Love by Makcik Bebel.. ^_^

Wassalam,


Salam Jumaat Semua, Rindu Lah !


Assalamualaikum wbt dan salam jumaat semua ! Harap semua sihat yee..

Mak aih dah lama bebenor makcik ninggal blog nie haa. Bersarang lagi laa jawabnya. Jadi, hari nie punya kesempatan nak updated sikit.

Alhamdulilah, sejak memulakan bisnes nie memang rezeki acik tak putus-putus datang. Memang terus tak cukup kaki tangan bila buat bisnes sendiri. Yes all of things i need to do by myself okeh !!

Acik bukan bekerja yang tunggu arahan dari bos untuk gerak kerja, tapi acik laa pekerja dan acik jugak laa big boss !! Yezza, dah dari awal berani mati nak mulakan bisnes. So, nak taknak mesti berusaha lebih untuk do it the best preparation for my beloved business. Alhamdulilah, semua berjalan dengan baik sepanjang tempoh percubaan yang singkat nie. Seronok tau ada bisnes sendiri.

Tapi apa pun hati mesti mau KENTAL untuk hadapi sebarang kemungkinan dan benda yang tak diduga. Haha. Mentaliti mesti KUAT untuk handle each of them.

Apa pun, tak lupa jugak TERIMA KASIH tak terhingga kepada semua orang sekeliling acik nie yang tak putus-putus mendoakan kejayaan dan kesejahteraan acik selama nie. Semoga ALLAH sentiasa berkati anda semua. Amin.

Okeyh, tunggu lepas nie ada lagi bebelan makcik tentang apa yang acik buat selama nie. Sharing is caring ! :)

Wasslam,

Saturday 9 June 2012

Attention Please !

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulilah sejak dah bergerak berkumpulan nie, macam-macam offer yang orang sekeliling bagi. Mungkin dorang pun nak tolong acik bertapak satu demi satu kot. 

Jadi terima kasih pada semua yang tak putus-putus support untuk bertapak dalam dunia bisnes. Dugaan tuh jangan cakap sapa nak naik for sure mesti rentap punya ! Terpulang pada kita laa nak kental ke tak bila jadi macam nie. Ouwyeeh ! 

Jadi sebagai acik dah buat satu lagi pages di fesbuk untuk korang updated tentang activity acik dan "anak acik" (bisnes) buat lepas nie. *check out*

JOM SEMUA LIKE PAGES NI     >>>>>TaaaRaaaa<<<<<< !!!

Acik sendiri sikit demi sikit dah dapat rasa garam yang patut ditelan atau tak sepanjang nak menjaga "anak acik" nie. Ha Ha Ha. Mak cakap "relax laa nie baru sikit, tunggu lama-lama lagi. Banyak laa boleh belajar lagi" Nah gitu dia bagi setempek ! :)

Wassalam,


Thursday 7 June 2012

My Compass !

Assalamualaikum wbt,

Okay, memandangkan acik ada masa kat rumah nie. Meh nak celoteh tentang seseorang nie. Acik nak korang kenal dorang pulak kali nie. Dorang lah yang selalu bagi semangat dengan acik. Baru-baru nie time acik p KL, dengan muka tak malu terus minta follow dorang untuk menuntut ilmu sebanyak yang boleh. *dapat laa merasa kenai dengan lebih ramai lagi* Nak tengok?? Jom usha kat bawah nie,




Yang ini nama'y SHALIZA AZIZ a.k.a Kak Ieja. Dia pun punya blog juga. Nak tengok >> MOH KLIKS SINI<< Beliau seorang akauntan. Sekarang beliau suka bagi anak-anak buahnya panas hati sebab nampak tak dia pegang apa?? Tuh bunga TULIP betui sayangs oi.. Dengan buat part-time bisnes nie laa dia dapat merasa ke sana, FREE OF CHARGES belanja dia pergi sana taw !! Kata'y nak tunggu duit makan gaji entah bila boleh merasa pergi BELGIUM dan HOLLAND pun tak tahu lagi.. Kak Ieja !! Anak buah yang sorang nie nak ikut jugak macam Kak Ieja ! :)





Yang ini plak nama'y NURUL AIN ZULKARNAIND a.k.a yong. Seorang blogger tegar jugak beliau nie. Nie blog dia >>> KAT SINI<<  Background sebelum hanyalah seorang pembantu spa dan business online. Tapi lepas tengok Kak Ieja buat bisnes nie, beliau pun dah dapat pergi jumpa makcik yang menjual nie. Tahu tak kat mana? Haa nie kat VIETNAM. FREE OF CHARGES jugak belanja dia pergi nie. Just bawak duit shopping jaa.  Hadoy, acik rasa nak jerit lagi !! Haa nak tengok lagi ?

Kiranya, sekarang nie anak buah dorang yang sorang nie plak laa tercicir tak dapat follow lagi trip mam tuh. Tapi dalam proses nak layakkan diri jugak jadi macam dorang. 9/10 rezeki tuh datang dari bidang perniagaan. Jadi acik salah sorang budak bisnes tak kan nak tengok saja kot. Mesti nak follow dorang jugak!

Insyallah, satu hari nanti acik tetap jadi macam dorang. Kejayaan mereka tak kan tak terasa nak ikut jejak langkah. Benda baik mesti laa kena ikut. Jadi anda semua doakan yang terbaik yee untuk acik sama ! :)

Wassalam,

Dulu Pemalu Sekarang Tak Lagi

Assalamualaikum wbt,

Hari nie acik ada kesempatan nak kongsi tentang satu rahsia. Dulu kan. . . . . .  Acik nie seorang perempuan yang alami masalah sakit kepala (migrain), lenguh-lenguh sendi, dan sengugut (period pain). Huish kalau kena virus penyakit Hanya Allah saja yang tau betapa sakitnya. Kalau ukur pun, boleh cecah paras maksima tau.

Pembelian ubat tuh jangan cakap laa, macam-macam jenis dah cuba. Tapi tak jalan jugak. So, masalah yang acik alami nie hanya family dan orang terdekat saja yang tau. Yela, acik nie anak dara lagi mesti laa malu nak share-share benda camnie dengan public.

Selalunya acik akan research sendiri cari petua-petua kat google nak tahu cara nak hilangkan sakit nie. Macam-macam cara jugak laa dah cuba, tapi jadi hilang sat ja, pastu sakit balik. Kronik Kronik ! Pergi hospital check up itu ini, doktor cakap takdak papa. Eh, pelik. Doa nie tak penah putus-putus supaya sakit nie dapat dikurangkan sikit. Teruk nak tanggung, nie baru sakit biasa. Kalau bab nak bersalin plak nanti macam mana? Eh, risau nyaa..

Jadi, lepas diperkenalkan oleh sorang kawan nie. Acik try makan selama beberapa minggu bermula 12.05.2012 sampai ke hari nie alhamdulilah masalah yang acik tanggung selama nie nampak ada perubahan sikit. Dengan izin Allah, acik dah makan pil maharani iaitu sejenis pil herba dari China dan rasa kurang sikit sakit.

Then, acik pun promote dengan mak sebab dia pun ada masalah cepat mengantuk, kolestrol, kencing manis dan sakit kepala. Alhamdulilah, dia guna sama.

Jadi, kat blog nie acik hanya nak kongsi masalah yang acik selama nie. Dulu memang malu nak kongsi cerita-cerita bab perempuan, tapi sekarang tak lagi. Mungkin blog nie boleh jadi tempat untuk acik share dengan anda yang alami masalah yang sama. Tak salah kan kita berkongsi?

Nak tahu lagi jom kliks sini >>>>TAK PAKSA PUN<<<

Wassalam,

Wednesday 6 June 2012

Kita Bako Jer !

Assalamualaikum wbt,


Wah RINDU sangat nak celoteh kat bebelmakcik nie.

Jom kongsi tips nie, *renung-renungkan dan selamat beramal* :)


5 TIPS ciri untuk ORANG BERJAYA ; Insyallah

1) SABAR - Kita mesti menerima apa saja dugaan yang datang dengan hati yang terbuka. *jangan cepat melatah*

2) STRONG - Sentiasa berani dan kuat untuk menyahut cabaran !

3) SENSITIF - Kita mesti kena peka atau "alert" pada keperluan orang sekeliling. *boleh bantu jana idea baru*

4) SERIUS - Apa pun yang kita buat mesti kena serius untuk laksanakan impian dan cita-cita kalau betul-betul kita nak berjaya !

5) SUPER POWER - Maksimakan kekuatan yang ada pada diri kita untuk kejar matlamat kita. *kejar yop kejar*


Tajuk "kita bako jer" adalah untuk nak bakar semangat kita supaya tak mudah putus asa dan kejar impian dan cita-cita tuh.


Wassalam,


Makcik Balik Dah !

Assalamualaikum wbt,

Wah acik rindu teramat sangat kat blog bebelmakcik nie. Lama bebenor tak hintip kat sini haa. Semua apa kabar? Harap korang sihat yea..

Dalam masa 2 minggu nie memang acik busy yang terlampau. Nak tahu acik buat apa? Meh nak tulis nie. *baca tau, jangan intip ja* :)

29.05.2012 (Selasa) -Tetiba dapat message urgent kena gerak ke Kuala Lumpur. *bidan terjun*

30.05.2012 (Rabu) - Pergi class untuk menuntut ilmu ber"bisnes" supaya jadi lebih mantap.

31.05.2012 (Khamis) - Ikut my mentor untuk jumpa customer beliau dari Batu Caves - Kajang - Cheras - Shah Alam.

01.06.2012 (Jumaat) - Dari Shah Alam - Selayang.  Malam tuh, gerak ke Bentong.

02.06.2012 (Sabtu) - Dari Bentong ke Kuala Lumpur semula. Gerak ke Tanjung Malim.

03.06.2012 (Ahad) - Kenduri kahwin sepupu acik kat Kepala Batas, Penang.

04.06.2012 (Isnin) - Jumpa kawan sebab ada discussion sikit. Malam plak, naik KTM dari Sungai Petani ke Tanjung Malim semula.

05.06.2012 (Selasa) - Naik Kuala Lumpur untuk appointment adik di Hospital Kuala Lumpur. Balik ke Tanjung Malim dan malam gerak pulang ke Sungai Petani.

06.06.2012 (Rabu) - Ya, acik kat Sungai Petani dengan senang-lenangnya. Haha.

Haaa, sekarang anda dah tahu jadual acik minggu nie kan. Wah, rasa macam Ironman plak kejap kat sana kejap kat sini. Nak buat macam mana kan, semua nie adalah kerja acik sekarang nie. Kerja yang tak punya office tetap tapi dah jadi mobile office (pejabat bergerak). *dahsyat tak?*

Jadi, minta maaf yee sebab dah lama acik tak blogwalking kat blog kawan-kawan semua. Insyallah, nanti acik free acik terjah yee. Sebab acik suka baca entry korang. Banyak benda dapat belajar dan timba pengetahuan. Seonok tau blog nie. :)

p/s:  Selepas nie kalau ada sesiapa yang berminat nak tahu tentang perniagaan yang acik buat dan nak berkongsi peluang berbisnes sama, boleh laa contact acik. Kita sama-sama share ilmu berbisnes. Acik sorang budak yang baru setahun jagung yang giat mencari ilmu pengetahuan tentang dunia perniagaan. Acik tak gerak sorang tapi menjadi salah sorang pengikut tegar orang yang lebih berpengalaman dan berjaya dalam bidang bisnes nie. *alhamdulilah rezeki dapat kenal mereka* :)


Wassalam,