About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Wednesday 6 June 2012

Makcik Balik Dah !

Assalamualaikum wbt,

Wah acik rindu teramat sangat kat blog bebelmakcik nie. Lama bebenor tak hintip kat sini haa. Semua apa kabar? Harap korang sihat yea..

Dalam masa 2 minggu nie memang acik busy yang terlampau. Nak tahu acik buat apa? Meh nak tulis nie. *baca tau, jangan intip ja* :)

29.05.2012 (Selasa) -Tetiba dapat message urgent kena gerak ke Kuala Lumpur. *bidan terjun*

30.05.2012 (Rabu) - Pergi class untuk menuntut ilmu ber"bisnes" supaya jadi lebih mantap.

31.05.2012 (Khamis) - Ikut my mentor untuk jumpa customer beliau dari Batu Caves - Kajang - Cheras - Shah Alam.

01.06.2012 (Jumaat) - Dari Shah Alam - Selayang.  Malam tuh, gerak ke Bentong.

02.06.2012 (Sabtu) - Dari Bentong ke Kuala Lumpur semula. Gerak ke Tanjung Malim.

03.06.2012 (Ahad) - Kenduri kahwin sepupu acik kat Kepala Batas, Penang.

04.06.2012 (Isnin) - Jumpa kawan sebab ada discussion sikit. Malam plak, naik KTM dari Sungai Petani ke Tanjung Malim semula.

05.06.2012 (Selasa) - Naik Kuala Lumpur untuk appointment adik di Hospital Kuala Lumpur. Balik ke Tanjung Malim dan malam gerak pulang ke Sungai Petani.

06.06.2012 (Rabu) - Ya, acik kat Sungai Petani dengan senang-lenangnya. Haha.

Haaa, sekarang anda dah tahu jadual acik minggu nie kan. Wah, rasa macam Ironman plak kejap kat sana kejap kat sini. Nak buat macam mana kan, semua nie adalah kerja acik sekarang nie. Kerja yang tak punya office tetap tapi dah jadi mobile office (pejabat bergerak). *dahsyat tak?*

Jadi, minta maaf yee sebab dah lama acik tak blogwalking kat blog kawan-kawan semua. Insyallah, nanti acik free acik terjah yee. Sebab acik suka baca entry korang. Banyak benda dapat belajar dan timba pengetahuan. Seonok tau blog nie. :)

p/s:  Selepas nie kalau ada sesiapa yang berminat nak tahu tentang perniagaan yang acik buat dan nak berkongsi peluang berbisnes sama, boleh laa contact acik. Kita sama-sama share ilmu berbisnes. Acik sorang budak yang baru setahun jagung yang giat mencari ilmu pengetahuan tentang dunia perniagaan. Acik tak gerak sorang tapi menjadi salah sorang pengikut tegar orang yang lebih berpengalaman dan berjaya dalam bidang bisnes nie. *alhamdulilah rezeki dapat kenal mereka* :)


Wassalam,



2 comments:

  1. wao padatnya jadual patut la senyap je..selamat kembali :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah, mungkin rezeki dan Allah nak tolong acik kot.. minta maaf laa sebab dah lama tak updated cerita baru.,. *padahal tak tahu ntah ade ke tak orang yang datang baca blog bebelmakcik nie* hehe

    thanks, blogger kaishin sebab selalu tak putus-putus bagi semangat kat acik nie.. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~