About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Friday 22 June 2012

Eh Buka Pekung Di Dada Lah



Assalamualaikum wbt,

Hye peeps.. ^_^

Hari nie makcik punya masa luang dan nak sangat bebel dalam blog nie. Hehe. Rindu oh hooi kat bebelmakcik nie. :)

Rindu sangat time study kat Kuantan. Rindu dengan pensyarah membebel sebab ramai tak siapkan assignment. Rindu nak gaduh dengan housemates yang gila-gila. Rindu dengan kehidupan yang sesak dengan aktiviti muda remaja dulu. Semua tuh dapat 3tahun lepas. Fuuueeww~ wa rindu u guys lah !

Ingat lagi semua kenangan silam nie semua. Sanggup bawa diri pergi jauh bawa diri ke tempat orang semata-mata nak belajar hidup tanpa bantuan dari keluarga sepenuhnya dan kawan-kawan time sekolah. Jom dengar kisah hidup acik serba ringkas.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Dengar lagu nie sambil baca entry bawah nie, panjang berjela bohsan tau. Ha Ha :)



Acik bukan laa seorang smart student kat sekolah rendah mahupun menengah. Orang kata level pun takat so-so jer. Bukan tak mengaji betul-betul tapi itu kemampuan yang ada time tuh. Tapi bila habis jer SPM, acik terus nekad nak berhijrah ke satu tempat yang jauh dari family, saudara-mara dan orang sekeliling. *haha bukan frust bercinta nah* :)

Jadi, Allah makbulkan permintaan acik. Akhirnya hampir 3tahun tercampak laa jauh nun ke Kuantan. Jadi, selama kita tahun kat sana, macam-macam benda yang acik belajar sorang diri. Semua hidup berdikari bersama-sama kawan di Kuantan. Nasib baik time kat sana, acik dapat kawan-kawan semua meriah supa sanak-saudara. Lecturer plak macam mak ayah. Haha. Kalau korang nak tau, acik bukan anak manja dalam family yang cepat cenggeng nanges sob sob bila jauh dengan family. Jarang sangat laa acik nie nak contact family calling2 dan messaging  suka-suka. Call bila perlu saja contoh "darurat sangat takda ongkos". Hehe.

Selama di sana jugak, acik belajar untuk survive hidup dengan elaun mara sedia ada. Minta maaf ! My family tak kasi laa ongkos lebat-lebat sejak dorang tahu acik dah ada elaun mara. Jadi cukup tak cukup itu laa naseb kau laaabuuuu. Jadi, nak cukup nafsu hati nie, terpaksa laa belajar untuk study sambil bekerja. Yess, acik penah kerja kat sana. Penah jual barang kesihatan e.g: detox, ubat kesihatan dan etc, kerja pasar malam dgn sorang housemate, buka gerai kat kolej dan macam-macam lagi laa. Sanggup buat dengan hati rela atas niat nak belajar survive hidup. Haha *padahal nak taknak kena buat jugak, sebab family dah trained acik untuk belajar buat semua nie sendiri* 

Bayangkan laa berbekalkan sebuah motor Lagenda yang dikenali sebagai HILUX atau PAJERO nie laa sanggup berjasa pada acik selama 3tahun kat sana. HEBAT kan my hilux nie ! Tanya jaa sapa yang kenal acik, semua mesti kenal acik dengan hilux tuh. Sebab barang sebesar mana yang tak penah ditunggang olehnya. Haha kelakar weyh bila kenang balik :)

Pejam celik pejam celik, akhirnya dah habis hidup kat sana. Dan awai bulan 5, acik pulang ke Kedah iaitu kampung halaman saya. 

Seminggu balik dari Pahang pun, tergamak gila tak bagitau orang Kedah yang acik dah balik uamh. Bila terkantoi, minggu kedua terus berpusu-pusu rakyat jelata nak jumpa acik. *terasa diriku begitu berharga time nie, ramai ingat kita lagi -terharu-*

Minggu ketiga, busy prepare untuk kenduri tahlil dan kesyukuran kat kampung sebelah mak. Alhamdulilah dapat buat jugak hajat family sebelah mak.

Minggu berikutnya, acik terus buat preparation untuk realisasikan my dream comes true. Tahu tak, acik nie sorang yang suka berangan-angan ngalah mat jenin tuh. Pantang ada masa luang ka mesti berangan bagai naik rak punya. Hehe *habits nie tak ley tinggal sampai sekarang* :)

Jadi, step by step acik buat. And now, acik became who am i. Macam tak caya dah langkah sampai ke tahap nie. Dengan usia 21 tahun acik dah punya company sendiri yang berdaftar dengan SSM  dan current account for my business. *lepas nie boleh tarnsaction by check yeah* :)

Ramai orang suka isu kan hal nie kenapa acik berani ambik risiko umur muda nie sanggup buat semua nie. Yess !! Tak dinafikan memang setiap langkah yang acik buat nie ada risikonya. Tapi nie laa hajat acik dari kecik nak buat. Dan nie laa jugak salah satu angan-angan dulu. Insyallah, apa yang dihajati pasti acik nak kejar dapatkan sebaik mungkin. Biar apa kata orang pada acik, yang penting acik tau apa yang acik buat sebenarnya. 

Thanks a lot to my beloved parent because sanggup biarkan anak dorang belajar erti hidup nie. Kalau tak di "seksa" dulu, pasti acik tak akan berani rebut peluang nie. Semoga Allah berkati hidup kami sekeluarga kelak.

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Jadi, pada yang muda remaja kat luar sana. Memang kita punya masa muda yang banyak dan lapang untuk enjoy and entertain our life now. But, please remember how long we can establish with this conditions?? Lebih baik, buka minda dan cuba cari peluang untuk tonjolkan bakat yang kita ada dari sekarang. Itu adalah lebih baik dari kita pung pang pung ntah papa. Mencari bekalan nie penting untuk kita kelak, my dears. Hopefully, you all can take note a little bit what i mean. Insyallah, satu hari nanti korang pasti akan tahu kebenaran sebab dan musababnya. Hargailah usia dan masa yang kita ada sekarang yee.. 

Love by Makcik Bebel.. ^_^

Wassalam,


5 comments:

  1. terbaik atin, bangga dengan jati diri ko, semoga ko berjaya dalam hidup amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, insyallah.. Thanks beb sebab selalu support aku selama kita d'Kuantan ! i will miss u a lot, beb :)

      Delete
  2. ur welcome, no biggie la, hope impian ko tcapai ye, nanti ad masa kite lepaking ok :) rindu ko jgak meyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah thanks yeah ! pasti one day kita jumpa dan gossiping lagi.. :)

      Delete
  3. berakit-rakit dahulu berenang-renang ketepian,
    bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

    :D

    ReplyDelete

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~