About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Monday 21 May 2012

Hentikan Mengumpat

Assalamualaikum wbt,


Tahu tak korang bahawa orang yang suka mengumpat nie adalah seorang yang PENGECUT ? Dorang umpama kita ketuk tin kosong yang takdak isi tapi bising jaa lebih.

Mengumpat boleh membawa kepada kemusnahan tamadun manusia tau. Keluarga bahagia, pasangan yang bahagia pun boleh berpecah belah dengan "virus mengumpat" nie.

Orang yang cemerlang dan yang mempunyai sikap positif pasti boleh mengawal diri untuk tidak mengumpat. Tapi zaman sekarang mustahil sangat laa kalau diri kita tak mengumpat dalam sehari kan.

Mengumpat pun boleh dikelaskan ada yang mengumpat ke arah kebaikan dan juga keburukan. Jadi bagi si pendengar cuba terima dulu apa yang disampaikan, kalau rasa benda yang diumpat adalah salah sebaiknya cuba laa untuk perbetulkan dan jika lebih kepada aib orang, lebih baik kita diamkan saja daripada menokok tambah. Allah murka kalau kita dedahkan aib orang.

Jadi pikir-pikir kan laa yee, makcik-makcik & pakcik-pakcik semua. 8)

Acik sendiri tak boleh jauh dengan virus nie, tapi terpulang macam mana kita nak sampaikan dan terima maklumat yang kita tahu.

gambar kat atas nie hanya illusi semata-mata, takdak kaitan dengan sesiapa yee



Contoh Sketsa :

Dulu orang sekeliling suka sangat mengumpat tentang diri anda. Mungkin anda nie seorang yang TAK CANTIK, TAK HENSEM, HODOH, TAK BEKERJAYA, HIDUP ALA KADAR, dan plus plus.

Jika anda salah seorang daripadanya, JANGAN biarkan lagi diri anda dijajah oleh mereka. Jom kita sama-sama BERUBAH untuk menjadi yang LEBIH BAIK selepas nie. Insyallah, ALLAH pasti membantu kita jika kita punya nawaitu yang baik dan jujur.


* * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * *


Nantikan tak lama lagi "CARA NAK MENGATASI SEMUA MASALAH NIE DENGAN MUDAH".

 INSYALLAH ia pasti sangat membantu diri anda untuk menjadi seseorang yang LEBIH BAIK DARIPADA SEBELUMNYA !

Tunggu yeee korang !! :) -sempat lagi iklan dalam entry nie-


Wassalam,


2 comments:

  1. tak suka orang bercerita pasal kita, jangan lah kita bercerita pasal org lain..kan kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah tahu takpa.. makcik sokonga anda !

      terimakasih sudi singgah ! ^_^

      Delete

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~