About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Tuesday 22 May 2012

Doakan Kejayaan Makcik !

Assalamualaikum wbt,

Malam nie terasa nak celoteh sikit tentang hidup makcik ! Nak kenal sapa makcik ??!

Sebenarnya makcik adalah seorang student yang baru tamat pengajian tak sampai sebulan. Alhamdulilah selamat sudah perjuangan kat medan belajar tuh. Kos yang tiga tahun dijuangkan adalah diploma pengurusan perniagaan (diploma business management). Acik sangat laa minat untuk berbisnes kerana darah daging plus jiwa nie memang suka berniaga. Lagipun, dalam Islam pun galakkan kita untuk cebur diri dalam bidang jual beli. Rasulullah SAW sendiri sara hidup dengan berniaga.

Mungkin, dah tertulis dalam lauf mahfuz yang acik nie akan jadi seorang usahawan kot. -Insyallah doakan-


Nak terjun dalam bidang bisnes nie bukan semudah ABC atau 123. Kalau kita takdak ilmu, sah-sah kita boleh lemas dalam lautan bidang yang kita terjun tuh. sama jugak dengan bidang-bidang lain. Takdak ilmu pengetahuan, memang susah la diri kita.

Acik memang fanatik berangan bila free. Haha *memang dah sebati dengan nyawa yang dikandung*

Jadi bila dah habis study nie, acik dah mula berangan nak berniaga. Walaupun sekecil-kecil zarah yang penting nawaitu memang nak cari rezeki halal dan cuba ubah hidup sedia ada. Bukan acik seorang yang tak bersyukur dengan apa yang ada. Tapi, banyak tanggungan yang nak ditanggung sebenarnya. Jadi kena laa cuba untuk fikirkan macam mana nak tolong keluarga plus diri sendiri sama.




Mohon korang doakan kejayaan acik yee. Sebab doa dan semangat laa yang dapat jadi kekuatan seseorang sebenarnya.


Wassalam,


19 comments:

  1. saya setuju..ilmu yang paling penting sbb tanpa ilmu kita ibarat layang-layang yang terputus talinya..di terbangkan angin tanpa hala tuju yang pasti..insyaAllah impian makcik akan menjadi kenyataan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal alamin..
      terimakasih kaishin, comment sangat membantu makcik ! wah tak sangka dapat jumpa member sporting camnie.. -thumbs up-

      Delete
  2. Replies
    1. feewit ! thanks, dear ! makcik doakan untuk tasha jugak ! :)

      Delete
  3. saya pun suka bussniess jugak makcik tapi ambik couse diploma sains.. ape boleh buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos tuh bukan penghalang kita dear.. yang penting kita ada matlamat dalam hidup, dalam Islam sendiri galakkan kita untuk berbisnes. Rasululllah pun hidup berniaga..

      kalau sarah amik kos sains, mana tau dgn ilmu tuh sarah boleh buat duit.. bisnes nie terlalu meluas dear. -trust it- Insyallah Allah akan berkati niat kita.. ^-^

      Delete
  4. Gud Luck ye makcik.Moga success nanti...

    bila terjun ke dunia ni yang paling penting usaha.walau gagal jangan mudah putus asa.Kuatkan semangat

    Chaiyok ye dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal alamin..
      thanks akak,, kata-kata bikin makcik lagi semangat ndan kuat nak cuba hadapi cabaran lepas nie..

      -sangat2 hargai ayat kat atas tuh- ^_^

      Delete
    2. ^_^

      acik camner nak buat reply cam gini( boleh bg coding tak)

      akak punya tak jadi camni la huhuhu

      Delete
  5. wah! lepas ni blh jd bisnes woman yg berjaya la makcik ek..kak nam tumpang senang sekali blh?hehehe

    ReplyDelete
  6. insyallah, doakan yee.. mana tahu ada rezeki lebih kita boleh kongsi.. kak nam sekali pun boleh senang hati.. tak salah pun,, *,*

    ReplyDelete
  7. No worries dear, If I can do it, am sure u can too. It's all in you, keep the faith high. Rise up after every failure! :D


    I just know that u'll make it. Good luck!

    http://www.thebigsmallboy.com/2012/03/my-failure-bought-me-ticket-around.html

    ReplyDelete
  8. insyallah beb, i really need support from surrounding.. thanks a lot for u coz be the one of them..

    makcik suka seyh ! rasa nak join gak lah contest tuh,, ^_^

    ReplyDelete
  9. bagus meniaga tapi kena carik yg betul2 boleh maju. kat kl nie kalau buat meniaga makan mmg laku tapi pastikan sedap. ekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah,, harap2 impian tuh tercapai dan ianya tak hangat-hangat tahi ayam.. cabaran dah nak bermula, nak tak nak kena faces jugak kenyataan nie sebab dah pilih haluan nie.

      akak, kalo nak pk bab niaga makanan nie tuan blog kena pk 3,4 kali laa.. air tangan sendiri pun nak kena asah lagi, hehe. tapi bab nak makan tuh, jangan cakap laju jer. keh keh *pengakuan jujur* :)

      Delete

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~