About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Friday 11 May 2012

Karier VS Cinta

Assalamualaikum wbt,

Percaya atau tak bila seseorang lelaki/perempuan tuh yang sedang dilamun cinta dan perasaannya mula berbunga-bunga, plus lagi lelaki/perempuan boleh berubah dari seorang yang tak reti apa-apa menjadi lebih berjaya terutama dalam karier dia. Masing-masing hormon mood mereka boleh berubah dalam sekelip mata jaa. -pewwit satu perubahan yang positif- ^_^



Kesimpulannya, cinta nie kadang-kadang mampu buat kita sebagai individu tuh menjadi lebih bersemangat lebih daripada biasa. Haa, sebabnya dia mula terangsang untuk mula berusaha lebih gigih lagi dalam berkarier. Faktornya kita jadi macam nie sebab kita dapat dorongan daripada orang yang kita sayang. -hamoih, berkobar-kobar aih-

Fakta ini pun dah dijamin dengan satu kajian yang diambil dari Journal of Human Capital Amerika yang menyebut bahawa lelaki/perempuan itu akan jadi lebih gembira dan senang hati sehingga mampu membuatkan mereka menjadi lebih bersemangat untuk bekerja sekali gus senang untuk mencapai matlamat yang mereka impikan tersebut.

Tak hairanlah kalau orang kata "Pasti ada seorang perempuan/lelaki disebalik kejayaan seseorang individu tuh". Gagal atau berjaya sesuatu kejayaan boleh bergantung pada semangat nie taw. *haa, jangan main-main*

Jadi, pada kaum hawa/adam semua kat luar nuh jangan lupa sokong partner anda dalam kejayaan atau karier yang mereka ceburi. Tapi kena INGAT ! Setiap dorongan yang kita bagi tuh HARUSLAH mengikut batas-batasnya. -harap paham nah maksud nie-

Dorongan pun boleh kita bagi dalam dua situasi/keadaan sama ada yang pertama motivasi luaran(intrinsic motivation) ; ganjaran material hadiah, belanja makan/wayang, dsb ataupun yang kedua dari segi motivasi dalaman (extrinsic motivation) ; pujian, kata semangat, cabar-mencabar, dsb. Kan bagus macam tuh.  Baru happy nak buat kerja tak gitu ?! 8)

Terpulang pada kita untuk pilih macam mana untuk kita buat keputusan dalam hal nie, okeyh ! Setiap aspek nie ada kesan positif & negatif dia. So, BEWARE yeah !! ;)



Wassalam,


8 comments:

  1. Kejayaan partner kita adalah hasil dorongan kita... cukup bangga dapat jadi 'orang belakang tabir'

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelaa bila depa dah berjaya kita pun tumpang happy untuk depa sekali.. tak macam tuh ?! :)

      Delete
  2. area mna dik akak sg lalang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh dekat laa macam tuh, acik area taman ria akak ! :)
      wah ada jodoh nie nanti boleh jumpa.. hehe ^_^

      Delete
  3. cinta boleh jadikan kita seorg yg lebih baik & mungkin akan jadikan kita lebih buruk so pilih dgn hati2 ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, makan dalam nie mentor bagi nasihat. haha :)
      insyallah sis, adek sis akan dengar petua nie sampai bila-bila..
      thanks a lot,, ^_^

      Delete
  4. orang utara ye..sekampung la..hehehe

    teruskan bebel...akak akakn terus membaca.. :)

    salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, a'ar laa orang utagha jugak.. area sungai petani,kedah..
      insyaallah saya akan terus membebel kat sini selagi mampu..
      maklum laa baru lagi dalam blogger nie, mintak tunjuk ajar jugak ! ^_^

      -salam kenal-

      Delete

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~