About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Wednesday 9 May 2012

Hargailah Apa Yang Ada

Assalamualaikum wbt,


Betul atau tak yang orang sekeliling kita nie sebenarnya sangat-sangat main peranan untuk diri kita sendiri ?


Apa yang dimaksudkan dengan "orang sekeliling nie haa?" -moh jawab ler-


Mereka nie boleh dikategori kan ibu bapa, ahli keluarga, sepupu sepapat, kawan-kawan, orang yang kita kenal mahupun tidak dan alam sekitar (flora fauna). *flora fauna pun terlibat jugak ?* Yelaa, semua nie hidupan yang hidup dan selalu akan bagi ketenangan dan kebahgiaan kat diri kita. Am i right, dear ?


Jadi jom kita imbas balik serba sikit peranan yang penting nie dalam kehidupan kita, -jeng jeng jeng-





Ibu Bapa + Sanak Saudara @ FAMILIES !

^_^  Memang betul kalau takdak gelaran MAK AYAH, for sure gelaran ANAK pun tak timbui. Plus lagi, adik beradik yang ada boleh buat family kecik yang sunyi bertukar jadi happening habis taw ! Nilai sebuah family nie memang kalau kita ukur pakai measurement tools yang canggih-manggih atau kati timbang kilo tuh pun belum tentu dapat baca berapa harga sebenar nilai kekeluargaan tuh sebenar-benarnya. Jadi, mereka nie sangat laa penting dalam hidup kita. Jadi, para anak-anak semua hargai laa setiap pengorbanan keluarga kita terhadap kita tak kira susah ataupun senang. Jangan sesekali lupakan mereka kalau kita dah senang kelak. -tak baik dan ALLAH murka dengan kita nanti-




Babe, Guys, Members @ FRIENDS !

^_^ Wah mereka nie sangat laa diperlukan untuk kita. Sebab takdak kawan mati akai jugak laa nak isi waktu lapang kita, waktu untuk gossiping kita dan sebagainya. Yelaa, kawan nie laa tempat kita nak gelak-gelak setan taw. Kalau nak minta tumpang dengan family macam nie, em alamat kena lesing dulu baru boleh. Paham laa situasi adab dengan family dengan kawan nie berbeza tahu ! Tapi kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran sepatutnya kena laa pandai pilih kawan sama. Takut-takut diri sendiri plak terjerat dengan perkara yang tak sepatutnya. Jadi, Hati-hati lah pilih kawan yeah ! :)






Mesra Alam @ ALAM SEKITAR !

^_^ Hidup kita jugak perlukan dengan hidupan lain selain manusia. Kita mesti kena selalu bersyukur dengan setiap ciptaan Tuhan. ALLAH dah jadi sesuatu tuh sebagai pelengkap hidup untuk kita. Jadi kita sebagai manusia kena guna sebaik mungkin. -wah macam ustazah gitu, kelaaas-  Tapi betul, kadang-kadang semua nie boleh bagi kita tenang bila kita bermasalah atau pun tengah strees plus plus. Sebagai contoh; ada ketegori pencinta haiwan/tumbuhan, orang yang suka aktiviti hiking/climbing/memancing dan sebagainya. Kalau tak, tak timbui laa istilah PENCINTA ALAM kan. Nampak kan kat situ alam pun bagi peranan untuk kehidupan kita.


Jadi, setiap orang daripada kita punya kuasa veto untuk tentukan keputusan baik buruk dalam hidup kita nie.

Bayangkan bila kita ada sehelai kertas lukisan kosong dan peralatan mewarna. Terpulang pada kita jaa nak lukiskan atas kertas lukisan tuh apa yang corak dia atau gambaran dia. Sebab diri kita sendiri yang terntukan dengan lukisan tuh.

"Allah dah berikan yang TERBAIK untuk kita, jadi bersyukurlah dengan apa yang ada."



Wassalam,


6 comments:

  1. kalau kita hargai org..org lain pn akan hargai kite..dtg follow blk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah tepat sekali ! thanks jugak kat Kak Nam Kepoh, peewit ! :)

      Delete
  2. family come first, kita mybe bole ilang kawan tp family akan always be there for us :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah u are right dear ! dalam dunia yang tiada pengganti adalah family, kawan bila-bila boleh ada dengan kita. :)

      Delete
  3. apapun family first...

    thanks dear akak datang folo sni juga ye.. salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cakap akak :)

      your welcome sebab akak pun sudi datang sini.. salam kenal, hope akak dapat jadi senior acik dalam mintak pendapat nie,, ^_^

      Delete

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~