About Makcik

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Tak kenal orang cakap saya sombong. Bila kenal orang cakap saya nie hardcore, kasar, easy going. Haha. Tak kenal maka tak cinta tau.. Love korang ! :)

Monday 16 April 2012

Stres Kritikal Punca Tekanan Jiwa

Assalamualaikum wbt,


Pernah dak rasa STRES ??! Haha, sah-sah laa pernah kan.. Ayoyo~ :)

Jom kita kenali apa itu "stres".. Weeehuuu~




~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ 


PUNCA-PUNCA:

Mungkin berlaku disebabkan kita nie mempunyai pengurusan diri dan masa yang kurang sistematik. Misalnya jadual rutin harian kita agak celaru takpun tungang-langgang kalau sesetengah orang describe benda nie. Kadang-kadang jugak ia berpunca kerana diri kita sendiri terlalu materialistik (ke arah duniawi) sangat sampai diri sendiri pun takdak masa untuk dibelai-belai, dimanja-manja takpun kita takdak masa jugak untuk bersama keluarga. Yelaaa asyik busy memanjang, macam mana nak buat semua tuh kan. Tambah plak, bila rutin kita sendiri tak punya amalan gaya sihat. Haaa tuh pun boleh jadi faktor boleh berlaku stres nie. -hurmmm-


Jadi cuba kita take five untuk kita pikirkan betul ke tak jadual harian kita selama nie ?! -tink tink tink fastly-  Kalau ada, kat bawah nie cara untuk kita cegah. :)


LANGKAH-LANGKAH:


  • Kenalpasti dulu tahap stres kita sama ada ianya memudaratkan ataupun tidak. -checklists-



  • Makan makanan seimbang pun penting contohnya kita banyakkan minum air kosong/mineral/masak dan buah-buahan. -yummy-



  • Cuba kita cari orang yang paling kita boleh percaya untuk kita share problems kita tuh kat dia. -cooling-



  • Bagi yang beragama Islam; boleh laa kita perbanyakkan amalan kita untuk dekatkan diri pada ALLAH swt dengan lakukan solat sunat di tengah malam, isgthifar serta zikrullah. -subhanallah-



  • Berpuasa juga boleh membantu kita dalam nie sebab bila perut kita dah lapar tahap maksima, for sure kita akan jadi malas untuk memikirkan masalah kita tuh. -terminated-



  • Bagi yang bukan beragama Islam; anda boleh cuba kaedah yoga ataupun lebih dikenali sebagai meditasi. -healing-



  • Kalau kita betul-betul nampak sangat "kronik", lebih baik dinasihatkan supaya kita berjumpa dengan pakar kaunseling atau pakar terapi. -brain massages-


Terdapat banyak cara lagi yang boleh kita buat selain di atas tuh, terpulang pada semua asalkan kita dapat berfikir dengan waras dan anggap cara kita tuh dapat redakan stres kita nie. Sebagai contoh; sesetangah orang sukakan redakan stres dia dengan makan, shopping, ataupun bercuti (fuh nie bagi yang sentiasa masyuk, confirm takdak masalah). Buat laa apa pun asalkan anda tenang dan happy. :)


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Jadi acik bagi sikit lagi beberapa tips yang boleh korang follow-mollow :

Kalau boleh bagi yang selalu stres nie, TOLONG laa JANGAN nak amalkan pengambilan ubat-ubatan. Sebab ubat-ubat nie pun kadang-kadang tak bagus untuk badan kita. -kesian badan pulak yang terseksa nanti-


Sama jugak macam langkah di atas kalau anda perasan. BETTER bagi yang berkemampuan, boleh lah merancang untuk pergi BERCUTI atau MELANCONG ke tempat-tempat yang kita tak pernah pergi. Sebab bercuti atau melancong nie betul-betul boleh me"release"kan tension kita a little bit. Tak caya cuba try tengok. Tak semestinya kena masyuk jaa baru boleh pergi bercuti, yang poket sedang-sedang pun boleh keluar pergi jalan-jalan kat taman-taman ke malls ke plus mana-mana jer laa yang terdekat dengan anda yang anda pikir anda mampu time tuh. :)

Bagi yang spesis manusia yang bila buat sesuatu kerja lepas tuh suka "REWARD YOURSELF" boleh laa teruskan semangat macam nie. Misalnya; hadiahkan diri anda dengan beli barang yang kita ingin sangat selama nie, ataupun boleh keluar makan kat luar bagi sesiapa yang kuat makan. Hehe. -ada target-


* * * * * * * * *  * * * * * * * 


Oleh itu, semua situasi stres kita boleh cuba elak dan hindar kalau kita bijak mengatasinya. Yang paling penting kita boleh pikirkan yang mana satu wajar dan tidak. Allah dah kurniakan akal pemikiran untuk kita, so why not if we use it wisely, right ?! Wallahu'alam   ^___^



Wassalam,



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Atas Sokongan Anda ! Semoga ALLAH Berkati Kalian Semua. Amin~